Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga pengarah tersohor negara, Mamat Khalid yang me.ning.gal dunia le.wat malam tadi di Hos.pital Slim River, Perak susulan se.ran.gan jan.tung.
Mamat Khalid, 58 meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima orang naik. Ar.wah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah sebelum dike.bumi.kan di Tanah Per.ku.bu.ran Islam Masjid Kampung Paloh selepas solat Zuhur hari ini.
Di saat seluruh rakyat Malaysia masih ter.ke.jut dengan perkhabaran tersebut, abang ar.wah yang juga merupakan kart.unis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid ataupun Datuk Lat berkata mereka sekeluarga redha dengan pemer.gian beliau.
Menyifatkan ar.wah Mamat Khalid sebagai seorang pencinta seni tegar kepada rakan media di Berita Harian, Datuk Lat juga merasakan banyak perkara dan minat sama yang dikongsi oleh mereka berdua di samping tiga lagi adik-beradik yang lain. Senang cerita, seluruh keluarganya itu punyai minat dalam bidang seni. Ada yang pandai menyanyi, melukis, bermain alat muzik dan dalam ke.s ar.wah Mamat Khalid, bergelar sutradara yang cukup kreatif.
“Seperti saya, ar.wah seperti pulang ke sarang (Ipoh) untuk berkarya. Saya pun akhirnya balik ke sini selepas puas merantau.
“Ar.wah antara seniman yang terus mengangkat Perak sebagai lokasi penggambaran utama kerja seninya. Hinggakan ar.wah men.gasas dan menubuhkan kafe Sarang Art Hub di Tanjong Malim sebagai pusat hentian dan persinggahan berpaksi seni,” ulasnya.
Untuk pengetahuan, sebelum ar.wah Mamat Khalid dikejar.kan ke hos.pital dengan menaiki ambulans , beliau sebenarnya berada di kafe Sarang Art Hub tersebut yang menganjurkan persembahan langsung kumpulan Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 3 Orang Asli semalam. Ketika sedang membuat persembahan dengan bermain keyboard, secara tiba-tiba arwah tidak sedarkan diri disebabkan se.ran.gan jantung.
Antara karya seni ar.wah Mamat Khalid yang masih menjadi tontonan rakyat Malaysia dari semasa ke semasa termasuklah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, Rock, Rock Oo!, Apokalips X, Estet dan Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.
Seperti Datuk Lat yang sinonim dengan karya Kampung Boy yang menceritakan mengenai kehidupannya sebagai Lat (panggilan manja yang lebih pendek kepada ‘Bulat’ iaitu panggilan keluarga beliau kepadanya semasa membesar) di Perak dahulu kala, kebanyakan filem-filem arahan Mamat Khalid ini juga mengambil tempat di Perak.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: remaja