21 tahun berlalu nampaknya filem Mohabbatein kembali menjadi bualan peminat di aplikasi TikTok selepas rakaman video salah seorang pelakon tular.
Pelakon tersebut merupakan Jugal Hansraj yang memegang watak sebagai Sameer. Dia membuatkan ramai penonton filem Mohabbatein di beberapa negara menggamit memori mengenai zaman popular filem tersebut.
Walau bagaimanapun, selain Sameer pasti anda masih ingat dengan tiga pelakon dalam Mohabbatein yang memegang watak bernama Kiran, Ishika dan Sanjana yang masing-masing kini memasuki usia 40an.
Tiga pelakon Mohabbatein iaitu Preeti Jhangiani, Kim Sharma dan Shamita Shetty membuatkan peminat di TikTok meninggalkan pelbagai komen mengenai mereka selepas tularnya perubahan mereka selepas 21 tahun filem Mohabbatein berlalu.
Ini kerana ketiga-tiga mereka sentiasa kelihatan cantik meskipun kini mencecah usia 40an dan lakonan mereka sangat meninggalkan kesan sehingga ke hari ini buat peminat filem Bollywood terkenal itu.
Perkongsian di ruangan TikTok itu bersama satu rakaman video ternyata menarik perhatian ramai dengan bermacam-macam komen.
“Paling suka sama Sameer Sanjana. Sanjana cantik ceria…”
“Rasa macam baru tengok diorang ni semalam je tapi sekarang 21 tahun”
“Rindunya usia ni. Semua kurus kurus dan comel je. Zaman remaja yang tak akan kembali”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini
Sumber : HCL
PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.