Home Isu Semasa “16 Minggu Berjauhan..”- Azizulhasni Luah Ssuatu Bila Slamat Pulang Ke Pangkuan Kluarga...

“16 Minggu Berjauhan..”- Azizulhasni Luah Ssuatu Bila Slamat Pulang Ke Pangkuan Kluarga Di Australia.

204
0

Selepas 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isteri, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya pulang semula ke Australia.

Pemenang pingat perak acara keirin, Olimpik Tokyo 2020 itu menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokongnya.

Tambahnya semua kenangan manis sepanjang 16 minggu adalah memori terindah.

azz

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih semua dan saya sangat bersyukur kerana pelbagai pengalaman pa.hit dan manis yang saya dapati sepanjang berada di tanah air.

“Yang manis itu akan saya jadikan memori terindah dan yang pahit pula sudah tentu dijadikan sebagai pengajaran.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata perempuan, Amna Mariyam dan Amna Khadeejah meluahkan teruja untuk berada di samping keluarga tercinta. Apatah lagi di saat isterinya, Athiah Ilyana Abd Samad kini sedang berbadan dua.

jwqejkwklw

“Tidak sabar rasanya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk membantu proses ke.hamilan isteri saya dan juga tanggungjawab saya sebagai professional baby sitter serta kembali kepada rutin asal saya sebagai pelumba basikal,” kongsinya.

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu turut menyifatkan tempoh 16 minggunya di Jepun dan Malaysia amat bermakna.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dari saya hamba ALLAH manusia biasa ini.

“Jika saya boleh kongsikan rumusan untuk perjalanan saya selama 16 minggu ini adalah sesuatu kejayaan itu datangnya dengan sebuah pengorbanan,” tulisnya

1 17

Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu baru-baru ini telah menerima sruat tawaran biasiswa, jawatan pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tawaran biasiswa itu bagi membolehkan Azizulhasni melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di UPSI dan jawatan pensyarah Gred DS45/51/53.

Selain itu, beliau juga turut menerima tawaran Biasiswa Tuanku Canselor bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Azizulhasni difahamkan bakal menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kecergasan Klinikal dan Sains di Universiti Victoria, Melbourne di Australia yang berbaki setahun lagi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Instagram @azizulhasniawang via sinarplus.sinarharian

Previous article[VIDEO] Kambing Hitam Pel!k Brjalan Buat Rmai Ser@m, Cecah 3.5 Juta Tontonan – “Meremang Ak Tengok”
Next articleBaru Sahaja Tawar Hati Dgn Vida, Kali Ini Iqbal Nyatakan Terkilan Dgn Catriona Ross, Muka Iqbal Kali Ini Mmg Sayu.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here