Baru sebulan menjalani pem.bedahan pada sendi leher, pelakon Datuk Aaron Aziz kembali berdepan ke.sa.kitan ketika melakonkan babak la.sak dalam sebuah penggambaran drama baru- baru ini.
Katanya, demi mencari rezeki buat keluarga tercinta, dia rela me.na.han ke.saki.tan aki.bat kece.de.raan sebaik melakukan aksi masuk ke dalam bo.net kereta.
“Inilah keadaan abang kena lalui demi seni yang abang cintai. Babak kena sumbat dalam but kereta, jadi leher terjejas.
“Abang ta.han sa.kit de.mi keluarga, abang sanggup buat apa pun untuk keluarga, kasih sayang seorang ayah,” tulisnya dalam Instagram beberapa hari lalu.
Sebelum ini, aktor kelahiran Singapura itu mendedahkan mengalami saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hos.pital.
Kali pertama Aaron, 46, berhadapan pen.ya.kit tersebut adalah pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.
Begitupun, Aaron men.ga.kui p.erasaan ta.kut menghalangnya men.ja.lani pem.beda.han mengeluarkan saraf yang ter.sepit itu seperti disarankan dok.tor.
Namun, selepas beberapa tahun me.na.han kesa.ki.tan dia memaklumkan perlu melakukan pem.be.dahan segera yang kemudian selamat dija.lani pada Ogos lalu.
Sementara itu, perkongsian keadaannya yang terkini dalam laman sosial mengundang komen ramai apabila rata-rata pengikut mendoakan kesejahteraan kesihatan bapa kepada tiga cahaya mata itu.
“Syafakallah, semoga Allah SWT beri kesembuhan dan diangkat kesakitan. Amin,” kata seorang pengikut Instagramnya.
Menerusi perkahwinan dengan Diyana Halik, mereka dikurniakan Danish Anaqi, 16, Ariana, 14, serta Dahlia Arissa, 10.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan lupa Komen yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: K! ONLINE