Home Hiburan 9 Tahun Berkahwin Tanpa Zuriat, Marsha Milan Nekad Ingin Buat Rawatan IVF

9 Tahun Berkahwin Tanpa Zuriat, Marsha Milan Nekad Ingin Buat Rawatan IVF

365
0

Penyanyi terkenal, Marsha Milan membuat keputusan untuk melakukan rawatan IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Marsha dan suami bersepakat untuk melakukan rawatan tersebut setelah berbincang dan lakukan penyelidikan.

“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan..”

Menurut Marsha, dia membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang mengikut syarat suami. Dia juga ada bertanya pendapat rakan-rakan artis.

“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.

Menurut Marsha, dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling meskipun sudah sembilan tahun belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.”

“Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja. Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif..”

“Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” ujarnya.

Previous articleSerik Terkena “Buatan Orang” , sekali Shila Amzah Luah Hal Sebenar
Next articleAnggap Benda Kecil Saja Isu Kedai Makan Mahal, sekali Mawi Luah Laporan Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here