Bantu-membantu amalan mulia. Itulah ungkapan yang sesuai untuk mengisahkan mengenai pertolongan yang diberikan Abang Tebu. Baru-baru ini tular di laman Tiktok mengenai “Abang Tebu” yang sering membantu golongan-golongan yang mengalami kesusahan dan kurang berkemampuan.
Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik menunjukkan seorang pemuda dan keluarga kecilnya yang sudah 7 tahun lamanya tidur hanya beralaskan toto sahaja. Klip video tersebut menunjukkan Abang Tebu telah menghadiahkan pemuda dan pasangannya itu sebuah katil dan tilam yang bersaiz ‘queen’. Reaksi pemuda dan pasangannya itu telah mendapat perhatian orang ramai.
Rata-rata netizen mendoakan agar Abang Tebu sentiasa dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang di luar sana. Ramai juga yang mengatakan bahawa ia merupakan rezeki anak mereka setelah 7 tahun pemuda tersebut dan isterinya hidup berdua. Ada juga yang mengatakan bahawa selepas melihat klip video tersebut, mereka menjadi lebih bersyukur.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 2.5M tontonan, 215K sukaan dan 8K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@Rose: abg tebu ni murah dengan senyuman & tawa… moga Terus diluaskn rezeki
@Puan As: MasyAllah.. rezeki isteri Dan anak² abg tebu.. sesungguhNya isteri abg tebu seorang yg sabar Dan kuat… Aamiin Ya Allah Ya Mujib..
@B R \ D E E N: baby tu betul² bawak rezeki kat mak ayah dia.
@mommy_ida: sekali je dia tlg org xde duit nk bli air, beribu ganda Allah balas rezeki kat dia . alhmdlillah moga abg dgn akk ni dmurhkn rzki lagi
@MummyArjuna: Btoi2 rzki bby … masyaAllah smoga Allah mrah kn lg rzki abg dgn kakak tbu masyaAllah
@animzaini: rezeki isteri dengan anak2 dia..seronok tengok..semoga aku dan suami juga dipermudahkan urusan cari rezeki aaminn
@hikari_kamijo1: selepas tngok semua vdeo abg tebu ni , saya jdi lebih brsyukur dgn apa yg saya ada skrg
@ayuharon257: Alhamdulillah..Allah hadirkan insan yg berhati mulia…semoga dibalas dgn segala kebaikan dunia, akhirat
@Arzemi Arzemi: Bila bershukur atas nikmat yg allah bagi, maka akn ditambah dgn rezeki yg tk terduga olih kita…
Sumber: Tiktok