SELEPAS 36 jam me.na.han sa.kit akibat kontraksi, akhirnya isteri kepada pemain gitar kumpulan Floor88, Amir iaitu Zarith Shawara selamat bersa.lin anak sulung mereka.
Menurut Amir atau nama sebenar Amirul Affeq, 30, isterinya itu melahirkan bayi lelaki secara pem.beda.han di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 9 malam, Selasa.
“Alhamdulillah selepas me.na.han sa.kit sejak Isnin akhirnya isteri selamat lahi.rkan anak sulung kami. Bayangkan 36 jam dia menahan sa.kit nak ber.sa.lin tapi masih belum ada jalan untuk baby keluar, akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pem.beda.han.
“Demi keselamatan isteri dan anak, kami bersetuju pembedahan dilakukan. Memang sed.ih sangat sebab tak dapat nak teman isteri sakit seorang diri dalam bilik ber.salin. Sepanjang tempoh menunggu itu, saya hanya setakat dapat buat video call dan jumpa lima minit sebelum pem.beda.han.
“Isteri pun tak sihat sebab beberapa hari sebelum masuk hospital, dia dise.rang demam campak atau chicken pox. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat sekarang ini keadaan dia semakin baik cuma belum boleh sentuh baby lagi, saya pun petang ini baru dapat jumpa baby,” katanya kepada mStar.
Amir kongsi berita gembira kelahiran anak sulung di Instastory.
Sementara itu, Amir berkata kesu.karan isteri mela.hirkan cahaya mata sulung mereka ini benar-benar membuka matanya untuk lebih menghargai pen.gor.banan seorang ibu.
“Tengok sendiri sa.kit yang isteri tanggung baru saya sedar pengorbanan seorang ibu. Kita sebagai lelaki tak boleh nak balas betapa besar jasa ibu melahirkan kita.
“Mereka berta.rung nya.wa semasa bersalin. Pengalaman pertama ini menjadikan saya lebih menghargai ibu dan isteri. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah pem.beda.han berjalan lancar dan kedua-duanya sihat,” ujarnya.
Nama dah ada… kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula!
AMIR
AHLI KUMPULAN FLOOR88
Ditanya mengenai nama anak lelakinya itu, Amir berkata dia dan isteri sudah mempunyai beberapa pilihan nama.Amir bagaimanapun masih belum memutuskan nama yang akan digunakan untuk bayi berkenaan.
Amir bersama kumpulan Floor88.
“Nama dah ada… kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula.
“Pilihan nama itu kami berdua yang beri, kalau dah capai kata sepakat nanti kami akan umumkan nama putera sulung kami ini,” katanya.
Amir berkahwin dengan Zarith pada 26 Disember tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan
Sumber: mstar