Home Kehidupan 30 Hari Tidak Tidur

30 Hari Tidak Tidur

52
0

Seorang tukang jahit di Vietnam mendakwa dia tidak pernah tidur selama tiga dekad.

Nguyen Ngoc My Kim, 49, mendapat gelaran tukang jahit yang tidak pernah tidur di wilayah asalnya di Long An, barat daya Ho Chi Minh City, dengan rutin luar biasanya itu menarik orang ramai untuk melihatnya menjahit tanpa tidur.

Kim mengakui, kesihatannya tidak terjejas sama sekali walaupun berjaga 24 jam sehari.

Katanya, ketahanan luar biasanya itu bukan datang daripada kuasa besar atau bekalan kopi Vietnam.

“Saya hanya melatih diri saya untuk menghilangkan keperluan tidur sepenuhnya…”

“Rutin berjaga ini bermula sejak saya kecil dengan membaca buku dan komik dan apabila saya dewasa, saya mula berjaga sepanjang malam untuk menjahit bagi memenuhi tempahan pelanggan…”

Beliau berkata bahawa beliau telah mengusahakan kedai jahitan pakaiannya sendiri sejak 1994, namun mengakui kekurangan tidur menyebabkannya pernah kemalangan.

“Kekurangan tidur pada mulanya menyebabkan saya pening sehingga saya terjatuh dan tidak sedarkan diri semasa menjahit serta melakukan banyak kesilapan selain pernah kemalangan jalan raya…”

“Tetapi selepas berjaga selama beberapa bulan atau bertahun-tahun, mata dan badan saya terbiasa tidak tidur. Sejak itu, saya tidak boleh tidur lagi…”

“Saya tidak faham kenapa orang begitu terkejut dengan rutin saya…”

“Saya tidak tidur selama 30 tahun, tetapi kesihatan saya masih normal, otak saya berjaga-jaga, mata saya cerah, walaupun sedikit kuning…”

“Saya tidak melihat kekurangan tidur saya sebagai luar biasa atau pelik…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleBapa Tiga Anak Lumpuh Akibat Kelapa Jatuh Atas Kepala
Next articleOlimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here