Home Isu Semasa Yusri Yusoff Tak Mengaku Salah Guna Wang RM67,000

Yusri Yusoff Tak Mengaku Salah Guna Wang RM67,000

104
0

Yusri Yusoff, Bapa kepada bayi Nour Rania Asyifaa, yang lebih dikenali sebagai Baby Syifaa, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM67,000 milik seorang wanita, tahun lalu.

Tertuduh, Yuseri Yusoff, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

“Saya mengaku tidak bersalah…”

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak ini didakwa menyalahgunakan harta iaitu RM67,000 milik seorang wanita, di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju, di sini, pada 20 Julai hingga 12 Oktober tahun lalu.

Pempengaruh media sosial itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan, dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan mencadangkan agar tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Gaithri Thomas yang mewakili tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya, yang bekerja sebagai pempengaruh, tidak mempunyai pendapatan tetap, selain perlu menyara seorang anak perempuan berusia sembilan tahun yang masih bersekolah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos depan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan lelaki itu pada 2.45 petang, Selasa lalu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan, disiasat berhubung penyelewengan wang sumbangan orang ramai yang disalurkan ke akaun syarikatnya, YY Community Center.

Sebelum ini, kisah kanak-kanak malang itu meraih simpati pelbagai pihak selepas bayi tersebut meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022.

Ramai yang menghulurkan derma kepada keluarga Baby Syifaa sebagai sokongan supaya mereka mendapatkan peguam terbaik untuk membela nasibnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata menerusi ujian saringan air kencing, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDua Mayat Wanita Sudah Berbau Ditemukan Dalam Kereta
Next articleSengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here