Home Hiburan Wow , Kacak Dan Kaya! Inilah 4 Selebriti ‘Hot’ Tetapi Setia Pada...

Wow , Kacak Dan Kaya! Inilah 4 Selebriti ‘Hot’ Tetapi Setia Pada Isteri Jadi Perhatian Netizen

222
0

Sumber: Google Image

Sejak akhir-akhir ini, kita sering digemparkan dengan kisah kecurangan dalam rumah tangga di kalangan selebriti popular.

Sebelum ini viral cerita mengenai penyampai radio dan pelawak iaitu Shuk Sahar yang didakwa berlaku curang terhadap isterinya iaitu Rossa Sera. Keadaan menjadi lagi keruh apabila Shuk mempunyai hubungan ‘sulit’ dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Walaupun kita acap kali mendengar kisah berkenaan curang di dalam rumahtangga, masih ada ramai lelaki dan wanita di luar sana yang sangat setia dengan pasangan mereka. Inilah lima selebriti yang digelar ‘hot’, namun masih tetap setia dengan isteri mereka.

1. Aeril Zafrel
164231pttptipitc326gtp

Pasangan selebriti pujaan ramai iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa menjadi inspirasi kepada peminat dan netizen kerana mereka dianggap sebagai pasangan romantik.

Menerusi akaun sosial media, Aeril sering berkongsikan foto dan video menunjukkan kemesraannya bersama Wawa. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa dicemburui ramai.

Kini, pasangan selebriti ini sama-sama membina empayar perniagaan kosmetik mereka iaitu Wawa Cosmetic dan telahpun bergelar jutawan.

Untuk info, Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.

2. Aaron Aziz

164233rtmeceop8jz4ycw4

Walaupun sudah hampir 17 tahun berkahwin, pelakon popular Aaron Aziz tidak pernah sekalipun terlupa untuk menzahirkan rasa sayangnya kepada isteri tercinta iaitu Diyana Halik.

Aaron pernah berkongsikan rahsia kebahagiaan rumah tangganya selama ini adalah kerana sikap tolak ansur yang menjadikan hubungan mereka sentiasa kuat dan utuh.

Menerusi satu temu bual, Aaron juga turut memberitahu bahawa isterinya yang menjadi tulang belakang dan kekuatan dirinya sepanjang dia bersusah payah untuk membina karier di negara ini.

Untuk info, Aaron dan Diyana sama-sama berasal dari Singapura dan berkahwin pada tahun 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

3. Alif Satar

Pelakon dan penyanyi popular iaitu Alif Satar sangat terkenal dengan sikap romantik terhadap isterinya iaitu Sha Dila Halid. Alif merupakan antara selebriti yang sering dikaitkan dengan ciri-ciri lelaki idaman wanita.

Menerusi satu temu bual, Alif menerangkan bahawa kepercayaan merupakan perkara utama yang perlu ada dalam sesebuah hubungan. Tanpa kepercayaan, kita mungkin mempunyai sikap curiga terhadap pasangan kita.

Untuk info, Alif dan Sha Dila berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

4. Izzue Islam

164229ioilaoa2g2ozud27

Pelakon dan penyanyi kacak iaitu Izzue Islam merupakan antara selebriti yang menamatkan zaman bujangnya ketika berada di ambang populariti.

Izzue yang merupakan bekas ahli kumpulan Forteen berkahwin dengan pengurusnya iaitu Awin Nurin pada tahun 2013.

Walaupun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. Izzue akui bahawa dia pernah diminta untuk berkahwin lain, namun itu bukanlah penyelesaian ujian rumah tangga dia dan isterinya.

Namun, disebalik ujian yang diberikan, pasangan ini kelihatan sentiasa bahagia dan tidak mempunyai apa-apa isu berkaitan dengan kecurangan dan sebaliknya.

Apa pendapat pembaca disini mengenai empat orang selebriti popular ini?

Sumber: CARI

Previous articleTayang Lengan Bilal Gebu Brketul, Neelofa Throwback Saat Tahu Hᾰmil – “Next Nk Tngk Reaksi Pak Ustaz Pula!”
Next article“Di iringi Doa peminat..”- Penampilan Trbaru Anuar Zain Sebelum Brangkat Ke Syria Tarik Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here