Home Isu Semasa Wajah kakak membengkak dan sesak nafas sebaik tiba di puncak Gunung Ledang...

Wajah kakak membengkak dan sesak nafas sebaik tiba di puncak Gunung Ledang -‘ Sekeluarga panik, Rupa-rupanya….

216
0

SIAPA sangka, aktiviti mendaki gunung sempena cuti Deepavali bersama keluarga minggu lalu menjadi pengalaman yang paling tidak akan dilupakan oleh wanita ini.

Tidak semena-mena, wajahnya memb3ngkak tidak lama selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan melepaskan lelah dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak.

“Dah penat daki sampai atas, dah syok-syok… tiba-tiba muka dia b3ngkak, sus4h nak bern4fas, badan gatal-gatal. Terpaksa turun cepat-cepat pergi hospital,” demikian tulis kapsyen pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 2 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan pelbagai reaksi dan pendapat bersabit situasi yang dihadapi wanita berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sebahagian daripadanya mengaitkan apa yang menimpa wanita tersebut mempunyai kaitan dengan g4ngguan.

Menurut Nur Afrina Syafiqah Mohd Zuki, wanita berwajah b3ngkak di dalam video tersebut adalah kakaknya, Nur Amirah Aida.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Afrina menjelaskan situasi yang menimpa kakaknya itu adalah disebabkan alahan terhadap makanan laut.

muka bengkak 1

Nur Afrina dan keluarganya beriadah di Kolam Puteri dekat Gunung Ledang, minggu lalu.

“Masa tu kami satu keluarga besar beriadah di Gunung Ledang. Sebelum hiking, kami makan dulu dekat bawah. Ala-ala piknik. Kakak saya makan mi goreng yang ada udang, tapi dia makan mi saja sebab dia memang tahu dia alergik makanan laut.

“Sebelum-sebelum ini alahan dia ringan saja walaupun makanan tu bercampur dengan makanan laut. Sebab tu dia makan mi goreng tu.

“Kemudian kami hiking, siap ke Kolam Puteri yang terletak dekat atas. Ambil masa 30 minit juga nak mendaki. Masa dekat atas, saya perasan dia asyik bersin, hidung m3rah dan m4ta pun ber4ir.

“Tiba-tiba dia mengadu ses4k naf4s. Kami ingatkan s3mput sebab dia memang pernah kena asm4… mungkin sebab penat hiking. Tapi keadaan jadi panik bila dia kata tak boleh nafas dan minta nak turun cepat,” ceritanya mengimbas kembali peristiwa berkenaan.

muka bengkak 2

Nur Amirah Aida dikejarkan ke sebuah hospital di Tangkak dan disahkan mengalami alergi.

Wanita berusia 21 tahun ini berkata, mereka bergegas turun dengan pantas kerana keadaan kakaknya makin membvruk apabila wajah dan matanya mulai bengkak sehingga meng4nggu penglihatan.

“Rasanya kami sempat ada dekat atas lebih kurang 10 minit saja. Kami memang syak sebab alah4n tapi risau sebab dia tak pernah jadi ses4k n4fas. Hospital pun bukannya dekat.

“Sampai dekat bawah, terus mak bergegas bawa kakak pergi hospital dekat Tangkak. Dia masuk zon merah dan diberi suntikan. Doktor kata sebab ‘allergic reaction’… mujur tak kena tahan wad,” ujarnya sambil menambah, mereka sekeluarga menetap di Muar.

Ada yang teka kena s3ngat t3buan, kena kencing j1n lah dan macam-macam lagi. Siap ada yang cakap takut nak pergi Gunung Ledang.

NUR AFRINA SYAFIQAH MOHD ZUKI

Nur Afrina berkata keadaan kakaknya semakin pulih dan bengkak di wajahnya makin surut pada keesokan hari.

“Kakak memang fob1a dah kalau tengok udang selepas insiden tu. Ini pengalaman kedua dia masuk hospital. Sebelum ni dia pernah kena ser4ngan asm4 masa dia sekolah rendah… agak teruk juga masa tu,” ceritanya yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular sehingga meraih jumlah tontonan yang tinggi, Nur Afrina berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah yang berlaku agar dapat dijadikan teladan kepada orang lain.

komen muka bengkak

Antara komen netizen yang turut mengaitkan ins1den menimpa Nur Amirah dengan unsur m1stik.

“Seeloknya sebelum hiking, control makan. Memang kena makan untuk tenaga, tapi jangan makan sembar4ngan.

“Tak sangka boleh vir4l sampai beribu komen. Saya nak tergelak baca sebab macam-macam orang teka. Ada yang teka kena s3ngat t3buan, kena kencing jin lah dan macam-macam lagi. Siap ada yang cakap takut nak pergi Gunung Ledang sebab takut benda sama berlaku.

“Ada yang marah sebab saya lambat bagi penjelasan. Kemudian barulah saya post satu video berasingan sebab dah ramai salah faham tentang apa yang berlaku. Tiada unsur m1stik pun,” katanya lagi.

Sumber:mStar

Previous article“Ret4k dua tul4ng rusuk..” R4yuan Ditol4k, Ini Jumlah G4nti Rug1 Yg Perlu Dibayar Awie Kpd Bekas Isteri.
Next article[VIDEO] “Terbalik pun cantik je dia tulis”…-‘ Gadis ini Berkebolehan Menulis Terbalik Curi Tumpuan rmai.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here