Drama yang kini hangat menjadi perhatian ramai peminat drama tempatan iaitu berjudul Mr. Bibik mengandingkan pelakon serba boleh, Zara Zya dan Saharul Ridzwan sememangnya mengundang gelak tawa penonton di kaca televisyen.
Lebih menghiburkan pula, ada satu babak yang sejak beberapa hari ini kecoh mencetuskan gelak tawa ramai gara-gara gandingan Zara Zya sebagai Auliah manakala Saharul Ridzwan memegang watak Firash yang mana turut kelihatan Liza Abdullah pula sebagai Puan Sabariah.
Dialog nak pergi Sabah dan oleh kerana seafood di negeri tersebut murah, Auliah berkata dirinya nak makan udang sekali gus mencetuskan babak terbabit viral di media sosial.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun menerusi Harian Metro, Zara Zya mengutarakan rasa gembiranya kerana ramai terhibur dengan dialog tersebut. Rupa-rupanya juga, dialog terbabit sememangnya dibuat oleh Zara Zya sendiri.
Katanya, “Itu adalah dialog spontan daripada saya. Memang kami sendiri pun tergelak-gelak jugalah sewaktu pengambarannya itu.” Disamping Zara Zya turut mengakui drama Mr. Bibik kelakar dan mempunyai banyak dialog secara spontan.
Dalam pada itu, warganet dan rakan selebriti diruangan komen selepas Zara Zya turut berkongsikan babak lucu itu di Instagram peribadinya menghujani dengan bermacam-macam reaksi gara-gara sangat terhibur dengan lakonan yang serius akhirnya bertukar lucu.
“Saharul tahan nak ketawa la tu…”
“Hahahaha mak nak tergelak tapi mak nak ikot”
“Makan udang tu penting…”
“Mak nak ikot tak menahan tu”
Sumber: HCL