Hiburan

[VIDEO]Jep Sepahtu Menyanyi, “Pergh Padu Beb. Lagu Ni Kalau Salah Bawak..”

Cukup terkenal dengan lawak selambanya, Jep Sepahtu ini juga turut disegani dalam dunia hiburan tanah air. Seorang yang cukup merendah diri biarpun kariernya dalam industri sudah kukuh.

Malah telatahnya yang sangat selamba bila di pentas sering undang tawa penonton. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Jep Sepahtu menyanyi ketika membuat persembahan di pentas telah menjadi tumpuan ramai.

Biarpun dalam rakaman itu nampak hanya Jep seorang diri di pentas, namun gelagatnya yang menyanyi bersungguh-sungguh dengan penuh perasaan telah membuatkan ramai terpegun.

Menyanyikan sebuah lagu lama, persembahan dari Jep ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun alanmonalisza seperti berikut:

Wah, boleh tahan suara Jep Sepahtu menyanyi ini! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 469 ribu tontonan dan 29 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Walau pun bukan bidang dia untuk menyanyi. Tapi lagu2 lama tetap di hati saya”

Jep Sepahtu menyanyi 4

“Pergh padu beb. Lagu ni kalau salah bawak..Mau tercirit. Steady la Jep”

Jep Sepahtu menyanyi 3

“Sedap tau suara Jep ni. Saya suka dengar tau. Masuk lagu ni kat dia”

Jep Sepahtu menyanyi 2

“Jep memang ada bakat tapi dia main2”

Jep Sepahtu menyanyi 1

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *