Home Hiburan “Eheh Dah Macam Citer Tamil Dah”-Lakonan Lawak Zara Zya Dan Izzue Islam

[VIDEO]“Eheh Dah Macam Citer Tamil Dah”-Lakonan Lawak Zara Zya Dan Izzue Islam

322
0

Pelakon jelita dikenali sebagai Zara Zya ini jika tidak buat hal memang tidak sah. Dari lakonan serius hinggalah yang kelakar boleh dibawakan olehnya dengan baik sekali. Cukup berbakat dalam bidang lakonan dan tidak pernah menghampakan bila buat lawak.

Malah baru-baru ini satu perkongsian oleh Zara Zya di Instagram telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian tersebut adalah satu rakaman babak lakonan lawak Zara Zya yang mampu membuatkan warganet tercuit hati menontonnya.

Menerusi rakaman itu kelihatan Zara Zya sedang berjalan sambil memegang payung dan sebelah tangannya lagi ada sebungkus beg plastik. Tiba-tiba dia tersadung dan barang di dalam plastik tersebut tercampak keluar.

Lebih melucukan apabila barang tersebut adalah seekor ikan dan disambut oleh Izzue Islam. Berikut adalah rakaman babak lakonan lawak Zara Zya yang dimuat naik menerusi Instagram milik pelakon ini sendiri:

Adoi, tak pernah tak lawaklah! Perkongsian rakaman tersebut telah meraih hampir 400 ribu tontonan. Rata-rata warganet tertawa menyaksikan telatah lakonan Zara Zya dan Izzue Islam ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha..Dahsyat. Sampai terbang ikan tu kot ye pun terpelecok”

Babak Lakonan Lawak Zara Zya 4

“Eheh dah macam citer tamil dah”

Babak Lakonan Lawak Zara Zya 3

“Basib baik ada hero hansem yang sambut ikan tu hokalohhh bak po hansem sangat demo weii”

Babak Lakonan Lawak Zara Zya 2

“Hahaha adoiii ni boleh masuk level2 movie India dah ni”

Babak Lakonan Lawak Zara Zya 1

Sumber: HCL

Previous article‘Saya Tak Guna Aset Kerajaan’ – Jovian Mandagie Jawab D4kwaan Diselamatkan Daripada Banjir Naik Helikopter
Next article[VIDEO] “Selain berdoa, kita boleh ikhtiar..” -Balut kereta guna plastik elak rosak bah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here