Home Hiburan “Dayyan Tak Pernah Tak Lawak”-Anak Black Cuba Makan Tiram

[VIDEO]“Dayyan Tak Pernah Tak Lawak”-Anak Black Cuba Makan Tiram

131
0

Anak kepada seorang penyanyi dikenali sebagai Black Hanifah ini sering sahaja mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya yang kelakar. Dayyan atau nama penuhnya Khaleef Dayyan memiliki personaliti dan sifat humornya membuatkan anak kecil ini memiliki peminatnya yang tersendiri.

Telatahnya sering dikongsikan di sosial media membuatkan ramai terhibur bila menyaksikannya. Sungguh luarbiasa anak ini! Terbaharu gelagat anak Black cuba makan tiram telah membuatkan netizen terhibur.

Dalam rakaman tersebut kelihatan Dayyan sudah bersiap sedia untuk mencuba makan tiram yang saiznya nampak agak besar. Menu ini pernah tular dan membuatkan ramai yang mahu mencubanya. Begitu juga Dayyan.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Dayyan yang bila sudah cuba masukkan ke dalam mulut, tapi sudahnya tidak boleh menelan makanan itu. Berikut adalah rakaman anak Black cuba makan tiram yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi ini:

Perkongsian rakaman telatah si cilik ini telah meraih lebih 119 ribu tontonan dan 4,300 likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Memang buat hal. Konfiden nak makan hahaha”

Anak Black cuba makan tiram 4

“Dayyan tak pernah tak lawak”

Anak Black cuba makan tiram 3

“Hahaha dia lagi rela makan lemon dari makan oyster tu”

Anak Black cuba makan tiram 2

“Dayyan boleh geng dengan Maten Shuib”

Anak Black cuba makan tiram 1

Sumber: HCL

Previous articleMawar Persoalkan Anak ‘Kese0rangan’ Ketika Bercuti, Sekali Kakak Fizo ‘Balas’ Balik
Next articleMawar Karim Akhirnya Jawab Komen Sebab Sebenar Dia Kongsi Gambar Anak Keseorangan Masa Fizo Dan Isteri Bercuti
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here