Isu Semasa

[VIDEO] “Weeeeyyyy scary g!laaaa!..” Ular Sawa 50kg Sembunyi Di Siling Tandas Rumah. Ini Luahan Zoey Rahman

Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman

Pelakon dan pengacara Zoey Rahman, 36, mengaku terkejut dengan penemuan seekor ular sawa seberat 50 kilogram, semalam, di kediaman keluarganya di Terengganu.

Zoey dihubungi berkata keberadaan ular sawa itu yang bersembunyi di siling tan.das bahagian belakang dalam rumahnya difahamkan sejak dua minggu lalu.

“Mujur tan.das itu jarang digunakan oleh ahli keluarga saya. Cuma, semalam ayah saya masuk ke tan.das berkenaan untuk mengambil barang dan mendapati terlalu banyak de.bu di lantai walaupun persekitarannya bersih.

“Jadi, ayah berasa cu.ri.ga dan memanggil bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk me.merik.sa keadaan si.ling tan.das itu. Bila disuluh dengan lampu, baru nampak ada seekor ular sawa ber.ling.kar di situ.

“Ayah saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk datang ke rumah menangkap ular sawa berkenaan. Selepas di.tang.kap, tak sang.ka ia agak besar dan diang.gar seberat 50 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Zoey berkata ular sawa itu mungkin datangnya dari kawasan se.mak berdekatan di belakang rumah kerana berhampiran sungai dan ada dusun buah-buahan.

“Biasalah, kawasan rumah kampung. Semak sikit-sikit mesti ada, ditambah dusun buah-buahan lagi. Apapun, saya bersyukur ular sawa itu sudah di.tang.kap oleh pihak APM semalam.

“Kalau tidak ri.sau juga dengan kese.lama.tan ibu bapa serta abang saya bersama keluarganya yang duduk dalam rumah itu. Situasi ke.bera.daan ular sawa terbabit sangat men.gejut.kan,” katanya.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata dia me.ngucap.kan berbanyak terima kasih kepada pihak APM kerana tindakan pantas dan segera dilakukan untuk menangkap ular sawa berkenaan.

Menurut Zoey, dia tidak tahu ke mana ular sawa berkenaan dihantar dan dilepaskan pihak APM. Apapun, Zoey turut berkongsi video penangkapan ular sawa berkenaan di Instagram.

VIDEO SEBELUM DI.TANG.KAP:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

 

VIDEO SELPAS DITANGKAP:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

 

Rata-rata pengikutnya dan netizen yang menonton video itu meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan keluarga Zoey termasuk ramai mendoakan agar semua yang tinggal di rumah itu terus dilindungi Allah SWT dari segala bahaya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ,

Sumber: HM, mykmu

Leave a Reply

Your email address will not be published.