Home Hiburan Viral Bidadari Cantik Jual Pau, Disangka Hidup Sus4h. Rupanya Bukan Calang2...

[VIDEO] Viral Bidadari Cantik Jual Pau, Disangka Hidup Sus4h. Rupanya Bukan Calang2 Orang

268
0

Gara-gara video di TikTok memperlihatkan kegigihannya berniaga pau di tepi jalan, penyanyi Bienda mended4hkan dihubungi ramai pihak yang menyangka dia kini berdepan kesvkaran hidup.

Bagaimanapun pemilik nama Nor Razlinda Razli, 37, berkata, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

fwefwewery

“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup svsah kerana berniaga pau di tepi jalan?

“Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolong.

“Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya juga dapat membantu peniaga kecil lain apabila mempromosikan perniagaan mereka,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, sebuah video TikTok memperlihatkan penyanyi itu sedang berniaga pau dikongsi oleh seorang individu.

Hidup saya masih seperti biasa lagi. Hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga

BIENDA

PENYANYI

Rata-rata netizen memuji wanita penjual pau itu apabila sanggup berpanas demi mencari rezeki.

“Cantik tapi sanggup berpanas demi rezeki.

“MasyaAllah cantiknya, semoga Allah pelihara akhlak dan imannya sentiasa.

“Kirim salam pada wanita itu. Bidadari mana ni? Kalau dekat, hari-hari saya beli pau kat dia,” ujar netizen.

1499709

Antara komen pengguna Tik Tok

Dalam pada itu, Bienda yang juga anak kepada penyanyi Shieda, berkata, usaha yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi galakan kepada orang ramai yang kehil4ngan pekerjaan untuk memulakan perniagaan.

Selain itu dia yang turut mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri mengakui svkar memasarkan produk dalam acara-acara jualan besar seperti sebelum ini.

“Disebabkan pande3mik, tak banyak acara jualan yang berlangsung. Jadi perniagaan tudung saya hanya dilakukan secara atas talian sahaja.

“Saya juga mengharap dengan perniagaan pau ini dapat memberi galakan mereka yang kehil4ngan kerja untuk cuba berniaga kerana memang boleh buat duit,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia juga tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak hujung Disember 2021 semakin mendapat sambutan. Malah ada peminat yang jauh sanggup datang untuk merasa sendiri pau jualan Bienda.

Video:

“Tak sangka pula jualan pau ini sudah menjadi bualan ramai. Sebagai seorang selebriti ini adalah kelebihan yang boleh saya gunakan untuk tujuan promosi.

“Selain itu saya galakkan juga peminat yang berada di luar Kuala Lumpur untuk mencari rangkaian jenama pau ini di kawasan berhampiran mereka.

“Melihat svsah-payah peniaga kecil lain mempromosikan produk mereka seperti ini memberi satu pengalaman baru buat saya,” ujarnya.

Untuk rekod Bienda mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz.

Sumber: mStar

Previous articleDitvduh Bt ‘macam2’ Dgn Fify Azmi Di Pulau Perhentian. Skali Nafiez Zaidi Tampil crita Prkara Sbenar!
Next article4 Selebriti Ini Dari Golongan ‘Kayangan’ Namun Memilih Hidup Sederhana Jadi Tumpuan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here