Home Isu Semasa Toleh Blakang Tngk Mak Tak Ada, Rupanya Trtinggal Di R&R –...

[VIDEO] Toleh Blakang Tngk Mak Tak Ada, Rupanya Trtinggal Di R&R – ‘Nngis Aku, Kurang Asam Betul’

195
0

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Roy Muhd ada berkongsi satu video menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila ibunya ‘tertinggal’ di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

IMG 4684

Menerusi video pendek yang dikongsikan kelihatan Rou muhd bersama bapanya berada di tempat duduk hadapan sementara seorang kanak-kanak lelaki berada di tempat duduk belakang. Sambil menghala kamera ke arah belakang, pemuda ini sambil tertawa memaklumkan ibunya tertinggal di R&R sewaktu mereka berhenti berehat di sana.

Nasib baik baru gerak, borak-borak tengok belakang mak aku tak ada. Tertinggal dekat RnR. Ingatkan tidur, keluar tak bagi tahu.

Disebabkan itu, dia dan bapanya terpaksa berpatah balik untuk menjemput wanita itu di R&R Hentian Sebelah Tangkak. Setibanya di sana, wanita itu sudah menunggu di gazebo sambil ditangannya memegang sepotong betik. Wanita itu mengakui berdebar saat ditinggalkan.

Orang pergi bilik air tertinggal. Nangis aku. Kurang asam betul.

Abang pun satu tak tengok orang. Dia bawa kereta tak apa lah. Yang aku pergi berak tengok dah tak ada. Duit dah lah tinggal dalam kereta.

Kejadian yang jarang-jarang terjadi itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata daripada mereka mengakui lucu dengan gelagat keluarga ini. Malah, tidak kurang ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

VIDEO:

KOMEN NETIZEN:

PHOTO 2021 11 13 18 40 36 2PHOTO 2021 11 13 18 40 48 2PHOTO 2021 11 13 18 41 02 2PHOTO 2021 11 13 18 41 14 2PHOTO 2021 11 13 18 41 29 2PHOTO 2021 11 13 18 41 45 2

Sumber: Roy Muhd,OhBulan

Previous articleSedap Suara ‘Mummy Jervng’! Lagu Pop Sulung Sofiaa Marieylla B0leh Tah4n, Moga Lbih Rmai Lgi Yg Akan Menyertai Skuad Tersebut.
Next articleHamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini… teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat – “Kontena, treler dia tak minat”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here