Home Hiburan Nikki Palikat Seb4k Nyanyi Lagu Sudah, Teringat Arw4h Siti Sarah

[VIDEO] Nikki Palikat Seb4k Nyanyi Lagu Sudah, Teringat Arw4h Siti Sarah

118
0

Penyanyi Nikki Palikat dilihat beberapa kali menyeka air m4ta sebaik mendendangkan lagu terbaharunya berjudul Sudah baru-baru ini.

Terasa Arw4h Siti Sarah Seperti Ada 

Menurut Nikki, ‘Sudah’ mengingatkannya kepada All4hyarhamah Siti Sarah yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut. Jelas penyanyi popular ini, dia berasakan semangat arw4h seolah-olah ada dengannya sekaligus mengimbau kembali kenangan dan kebaikan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Terasa macam arw4h ada dekat sini. Dia seorang penyanyi yang hebat dan memang tiada gantinya”

“Sama-sama kita doakan lagu ini akan sampai ke peringkat AJL kerana sebab itu adalah hasrat Sarah sebenarnya.

Saya tak nak s3dih-s3dih macam ini sebab arw4h seorang yang ceria dan sangat gembira. Kalau dia nampak saya macam ini mesti dia pukul saya” ujar Nikki seb4k

Suasana di majlis pelancaran Sudah juga bertukar hiba apabila wartawan serta pihak pengurusan Arw4h Sarah, Indigital Music turut mengalirkan airmata disaat Nikki mempersembahkan lagu yang dicipta oleh Naim Daniel itu.

Realisasikan Impian Banyak Pihak 

Menggalas tanggungjawab menyambung ‘Sudah’, Nikki bersyukur kerana dapat merealisasikan impian banyak pihak yang lebih dua tahun tergendala.

“Memang ini satu penghormatan buat saya apabila dapat menyanyikan lagu ini. Sebenarnya pelbagai emosi dirasakan saat kali pertama mendengarkan lagu ini. Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang Sudah tatkala mendengarkan melodi dan bait-bait lirik yang menusuk ke dalam hati.

“Sebab itu saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju terlibat sama dalam projek ini. Terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya untuk membawa lagu Sudah,” kata Nikki

Dedahnya lagi, demo lagu ini telah diterimanya ketika masih bersaing dalam Gegar Vaganza 2022. Namun dek berapa kekangan termasuk soal kesihatan yang mengganggu sebaik sahaja GV8 berakhir, lagu ini tidak sempat disiapkan terlebih awal seperti yang dijangka.

msg539978837 13157

Untuk info, pada awal 2019, Sarah pernah meminta lagu daripada Naim untuk dijadikan karya terbarunya.Namun, isteri kepada pelakon dan usahawan, Shuib itu terlebih dahulu menghadap Yang Maha Esa.

Menurut Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom, sebaik sahaja menerima lagu tersebut, mereka melantik Allahy4rham Lok U sebagai penerbit Sudah.

“Sarah sempat bertemu Lok U ketika itu dalam satu sesi jamming. Mereka juga sempat berbincang mengenai hala tuju lagu tersebut dan bagaimana ia akan direalisasikan.

“Namun, tak sempat lagu ini dirakamkan, Lok U men1nggal dunia pada 21 Januari 2020. Gubahan lagu yang sedang disiapkan juga tidak sempat diserahkan kepada pihak kami,” kata Nana.

Tidak patah semangat dengan apa yang berlaku, Sudah akhirnya diserahkan kepada penerbit popular Indonesia, Irwan Simajuntak.

Sumber: Murai MY

Previous article[VIDEO] Rupanya Iqbal Jumpa DSV Final BigStage, Sekali Ada Benda Yang Netizen Perasan
Next articleNetizen gelak besar lihat Bella salah sangka Bilal puji Neelofa, “Bila masa plak…”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here