[VIDEO] “Comel Takde Gedik Gedik Pun,”- Gelagat Emma Maembong Berani Tangkap Ayam Raih Perhatian

Pelakon wanita dikenali dengan nama Emma Maembong ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat lakonannya sesuatu yang luarbiasa dan sudah tentunya wanita ini memiliki pakej lengkap sebagai seorang selebriti.

Wajahnya manis dipandang dan bila berlakon, tidak kira apa juga watak yang diberikan mampu dibawa dengan baik sekali. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan pelakon jelita ini telah mencuri perhatian ramai.

Emma Maembong
Emma Maembong

Dalam perkongsian itu kelihatan Emma Maembong bersama dua ekor ayam. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam. Caranya perlahan dan pada awalnya nampak macam takut, tapi dengan selamba dia berjaya menangkap haiwan dua kaki tersebut. Cayalah Emma Maembong!

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam ini yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mochirachel:

Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 7 ribu likes dan 147 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Behave betul ehhh ayam tuu.. Kalau ayam rumah aku, lari tak cukup tanah dah”

Emma Maembong tangkap ayam 4

“Ayam serama jinak macam tu mudah la kena ayam kampung yang tak ada kasih sayang belemoi hang tertomoih kat tanah”

Emma Maembong tangkap ayam 3

“Eee takut, comelnya macam beby emma ni. Sape yang takut. Emma yang takut ke atau ayam tu yang takut”

Emma Maembong tangkap ayam 2

“Ayam pun mentang2 Emma Maembong nak tangkap dia redo je hmm kemahenn”

Emma Maembong tangkap ayam 1

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*