Home Isu Semasa “3 hari je penuh bonet gara-gara..” Walaupun tak kenal customer, itu...

[VIDEO] “3 hari je penuh bonet gara-gara..” Walaupun tak kenal customer, itu dianngap rezeki

110
0

BUKAN calang-calang saiz, sebaliknya penuh satu bonet kereta dek penangan ‘giant bouquet’ atau jambangan duit gergasi yang digubah oleh wanita ini.

Video di sebalik tabir ketika jambangan itu dimasukkan ke dalam bonet sehingga tempat duduk bahagian belakang terpaksa ‘direbahkan’, benar-benar membuatkan ramai yang terkesima.

“Di sebalik tabir. Hantar pakai Myvi je… nak keluarkan bouquet ni pun ada cara. Belum ada rezeki nak pakai kereta besar,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian berkenaan.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 1.2 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan ribuan komen netizen!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Nor Aziemah Ahmad, jambangan di dalam video tersebut adalah satu daripada dua jambangan gergasi yang ditempah oleh seorang wanita sebagai kejutan kepada kedua ibu dan bapanya.

“Ini bukan kali pertama, sebaliknya sebelum ini sudah tiga atau empat kali saya menerima tempahan untuk siapkan giant bouquet ni.

“Yang dalam video vir4l ini adalah order daripada seorang customer untuk kedua ibu bapa sempena hari lahir bapanya. Bukan satu, sebaliknya dia tempah dua giant bouquet!

“Kebiasaannya untuk tempahan giant bouquet, saya galakkan buat tempahan seminggu awal daripada tarikh penghantaran. Tapi customer wanita ini WhatsApp saya tiga hari sebelum tarikh delivery. Memang short notice.

bunga duit 1

Nor Aziemah memasukkan jambangan gergasi ke dalam bonet untuk dihantar kepada penerima.

“Selalunya saya buat seorang diri saja order customer, tapi kali ini terpaksa minta bantuan daripada seorang rakan,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Menurutnya, untuk jambangan besar tersebut, ia memerlukan antara 500 sehingga 600 keping wang kertas.

“Maknanya untuk order customer ini, lebih daripada 1,000 keping yang perlu digulung dan digubah. Memang di luar kemampuan saya,” ujarnya sambil menambah, dua jambangan tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh tiga hari.

bunga duit 2

Nor Aziemah (kiri), pembantu (kanan) bersama pelanggannya (berbaju merah) serta kedua ibu bapanya yang menerima kejutan jambangan gergasi.

Menurut Noraziemah yang menetap di Kluang, Johor, sungguhpun boleh dikatakan tempahan kali ini sedikit sebanyak agak m3ncabar, namun dia menganggap ia adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Customer yang ini dia Whatsapp saya dan beritahu nak order dua jambangan besar. Dia hanya tanya berapa keping wang kertas yang diperlukan, dia langsung tak tanya harga untuk service ini.

“Saya mulanya tertanya-tanya, dia okay ke nanti dengan harga yang saya letak tapi bila diberitahu, dia terus bank-in. Saya jarang sekali dapat customer macam ini. Kiranya ia memudahkan tugas saya.

Cara saya, saya akan utamakan keluarga dan mereka yang memerlukan kerana saya percaya rezeki akan lebih melimpah.

NOR AZIEMAH AHMAD

“Saya bersyukur dapat customer macam dia, bagi saya ia rezeki luar biasa. Walaupun dia tak kenal saya, tapi dia letakkan kepercayaan pada saya. Itu yang membuatkan kita nak buat kerja pun seronok,” ujarnya sambil menambah, dua jambangan tersebut dihantar menggunakan kereta Myvi dan juga Alza.

Bercerita mengenai kerjayanya, Nor Aziemah berkata dia baharu setahun berjinak-jinak dengan bisnes gubahan jambangan selepas nekad berhenti kerja November tahun lalu.

gubahan

Kreatif… antara gubahan hasil kerja tangan Nor Aziemah.

“Sebelum ni saya bekerja makan gaji selama lapan tahun dalam bidang kraf. Saya buat bisnes ini part time masa tu.

“Bulan November tahun lalu saya nekad resign. Mula-mula ada juga rasa ragu-ragu dalam diri masa nak mulakan bisnes ini. Tapi saya teruskan juga. Pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya cuba praktikkan.

“Alhamdulillah, makin lama makin dapat sambutan luar biasa. Dengan kerja inilah, saya boleh tolong family, renovate rumah mak dan belikan apa yang dia mahukan.

“Cara saya, saya akan utamakan keluarga dan mereka yang memerlukan kerana saya percaya rezeki akan lebih melimpah. Saya juga bertuah kerana mendapat sokongan dan doa dari suami, keluarga dan mentua,” ujarnya lagi.

gubahan 2

Antara gubahan menarik daripada Nor Aziemah.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Nor Aziemah dalam masa yang sama turut melahirkan rasa terharu dengan komen-komen netizen.

“Bagi saya, saya akan buat yang terbaik setiap tempahan. Selagi tak cantik dekat mata, saya buka balik. Kualiti dan kepuasan pelanggan amat penting.

“Seronok bila mereka cakap gubahan saya membuatkan mereka rambang mata. Itu buat saya rasa lagi bersemangat,” ujarnya lagi.

Sumber:mStar

Previous article[VIDEO] “Terbalik pun cantik je dia tulis”…-‘ Gadis ini Berkebolehan Menulis Terbalik Curi Tumpuan rmai.
Next article“Terbaek, tu mkn dia..” (Video) Gara2 ‘D0uble Park’, Netizan Puas Hti Tgk Vios Ini Dijadikan Kereta Berhias…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here