Home Hiburan Vida Nak Cari Hero Berlakon Klip Video, Sharnaaz Pula Tawar Diri –...

Vida Nak Cari Hero Berlakon Klip Video, Sharnaaz Pula Tawar Diri – “Jangan Sampai Aku Try”

99
0

Beberapa minggu lalu, Datuk Seri Vida pernah menyatakan hasratnya untuk menerbitkan sebuah single baharu.

Hal ini berpunca gara-gara selebriti media sosial yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, Iqbal melancarkan lagu yang dikatakan ditujukan kepada dirinya.

Menerusi laporan media, Vida berkata, tujuan dia ingin mengeluarkan lagu itu adalah kerana ingin menjawab kembali segala apa yang Iqbal katakan terhadapnya.

Jika sebelum ini Vida menyanyikan lagu berentak rancak menerusi single pertamanya, I Am Me, kali ini, usahawan kosmetik itu mahu membawakan lagu bergenre balada pula.

Sungguhpun khabarnya lagu tersebut sudah mahu dilancarkan, namun, Vida masih mencari siapakah hero yang akan sama-sama membintangi klip video lagu berkenaan.


“Saya nak cari hero dalam klip video saya. Boleh bagi cadangan tak, siapa pelakon, hero penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero itu dalam klip video.

“Tapi saya nak yang bujang, saya nak yang takda tunang, takda bini, single and available. Kerana takut nanti terpegang ke,” katanya sambil meminta pandangan pengikutnya di Instagram.

Menariknya, menerusi ruangan komen, pelakon Sharnaaz dilihat menawarkan dirinya untuk membintangi klip video lagu terbaharu Vida.

“Jangan sampai aku try… Haaaa, jaga.

“Jangan kata tempuh, kena langgaq dengan lori pun boleh… cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?” tanya Sharnaaz sambil meletakkan emoji tertawa.

Menerusi ruangan balas, Vida turut mengambil kesempatan dan membalas: “Onz tak onz Mamu?” tanya Vida.

Rata-rata peminat memberikan respons positif terhadap komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz.

“I think she just described you. Tak salah kan kan… pi la hantaq borang dekat DSV,” tulis seorang pengikut Vida.

Selain Sharnaaz, nama-nama yang dicadangkan oleh peminat termasuklah Aweera, Nazim Othman, Diva AA dan juga Michael Ang.

Sumber:Gempak

Previous articleKru Produksi GV8 Dedah Rutin Aliff Aziz Imamkan Solat Jemaah – “Juara Di Dunia & Akhirat Insyallah..”
Next article“Dia Suami Saya, Apa Orang Cakap Tak Baik Pasal Dia….Sebagai Isteri Saya Pun Terasa,” – Bella Astillah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here