Home Hiburan Usop berlatih nak akad nikah dengan Haqiem Rusli & Tajul cetus tawa...

Usop berlatih nak akad nikah dengan Haqiem Rusli & Tajul cetus tawa ramai, “Mcm budak2…”

207
0

Rasanya ramai masih ingat apabila kita kecik-kecik dulu pernah main kahwin olok-olok dengan rakan-rakan dan nampaknya situasi itu membuatkan peminat terhibur dengan gelagat lucu Haqiem Rusli, Usop dan Tajul.

Ketiga-tiga penyanyi yang bakatnya tidak dinafikan ini mengundang warganet teringat akan memori ketika kecik-kecik dahulu apabila Usop memuat naik satu rakaman video.

Umum sedia tahu juga, Usop bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim selepas bertunang pada 4 November lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Jadi sempat pula pengantin lama iaitu Tajul dan Haqiem Rusli menolong Usop berlatih akad nikah. Menerusi rakaman dikongsikan ini nampaknya mencetuskan gelak tawa buat peminat menonton gelagat mereka bertiga.

Apa tidaknya, sempoi sungguh tiga penyanyi bersuara merdu ini disaat meluangkan masa bersama sehinggakan hantaran video yang dikongsikan oleh Usop mendapat ribuan tontonan dengan pantas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Dalam pada itu, ruang komen hantaran Usop di Instagram juga dalam pada masa yang sama menerima bermacam-macam respon lucu peminat terhadap mereka.

“Hahaha macam budak- budak semua comel pulak. Main kahwin kahwin ke nih…”

UsopIMG_20211229_090858

“Tajul kemain suka haha”

IMG_20211229_090906

“Melucukan tengok ni, terhibur”

Usop

“Hahaha pengantin baru ajar yer… bau bau nasi minyak Usop dah ni”

IMG_20211229_090937

Sumber: HCL

Previous articleTelatah Haqiem Rusli & Anis Sofea dapat perhatian ramai, “Ini baru betul comel”
Next articleIdzham watak ‘Panjang’ kongsi video dulu dan kini, “Minat betoi la ishh”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here