Home Isu Semasa Tidak Tahan Dikecam Netizen Malaya, Jay Chou Rela Tangguh Konsert Di Stadium...

Tidak Tahan Dikecam Netizen Malaya, Jay Chou Rela Tangguh Konsert Di Stadium Bukit Jalil

101
0

Heboh di media sosial apabila FAM mengumumkan 21 tiket terpaksa dikosongkan dek kerana Konsert penyanyi terkenal dari Taiwan yang akan berlansung pada 15 Januari. Konsert tersebut dilakukan dengan skala yang besar. Justeru, proses membuat struktur konsert tersebut mengambil masa yang lama. Jadi, mustahil untuk struktur konsert tersebut dinaikkan sejurus selepas tamat perlawanan Bola Sepak. Buat pengetahuan umum, pihak Jay Chou telah menempah stadium sejak 2019 lagi. Jadi jelas di sini pihak Jay Chou tidak bersalah sama sekali.

Penyanyi Taiwan, Jay Chou bersedia bagi menangguhkan konsertnya pada 15 Januari ini demi memberi laluan kepada aksi perlawanan antara Harimau Malaya dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini. Ia berikutan selepas segelintir penyokong skuad Harimau Malaya tidak berpuas hati kerana SNBJ ‘kehilangan’ 21,000 tempat duduk disebabkan struktur pentas konsertnya.

Bagaimanapun, penulis lirik, rapper, aktor dan personaliti televisyen berusia 43 tahun itu meminta peminat bola sepak sendiri memaklumkan perkara berkenaan kepada persatuan sukan dan pengurusan stadium.

jay

“Peminat bola sepak Malaysia, saya tahu anda memandang serius bola sepak. Saya boleh bekerjasama dan menangguhkan konsert, tiada masalah.”

“Tetapi yang penting anda harus sampaikan kepada persatuan bola sepak atau penganjur tempat anda sama ada mereka membenarkan saya menangguhkan konsert.

“Saya tiada masalah dengan itu, saya cuma mahu menyanyi untuk peminat saya. Cuma saya harap apabila orang datang melihat konsert saya…”

“…mereka datang dengan hati yang gembira,” katanya dalam satu kenyataan menerusi InstaStory miliknya semalam.

Agak memalukan sebenarnya apabila kita sebagai rakyat Malaysia berbuat sedemikian kepada penyanyi yang sanggup datang dari luar negara bagi membuat persembahan kepada peminatnya di sini. Pihak Jay Chou tidak bersalah sama sekali kerana mereka telah menempah stadium tersebut begitu lama. Kita sewajarnya berfikiran lebih matang dan bertindak mengikut akal fikiran. Buang yang keruh ambil yang jernih, moga apa yang terjadi ini menjadi tauladan bagi semua pihak. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Previous article“Selamat kawin dua baru sibuk nak panggil bincang…” – Syamsul Yusof dilabel lelaki tak ‘gentle’
Next articleTidak Tahan Dikecam Netizen Malaya, Jay Chou Rela Tangguh Konsert Di Stadium Bukit Jalil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here