Home Viral Tidak Membenarkan Tumpang Tandas Jam 2 Pagi, Rider Grab Tunggu Depan Rumah...

Tidak Membenarkan Tumpang Tandas Jam 2 Pagi, Rider Grab Tunggu Depan Rumah Pelanggan Wanita

116
0

Seorang penghantar makanan menunggu di depan rumah seorang pelanggan wanita setelah tidak dibenarkan menggunakan tandas sewaktu menghantar makanan kira-kira jam dua pagi.

Menerusi posting di platform X milik pengguna dikenali sebagai qayunn, dia menyatakan bahawa lelaki itu beria-ria mahu menumpang tandas walaupun tidak dibenarkan.

Susulan rasa tidak sedap hati, wanita berkenaan telah menghubungi pengawal keselamatan di apartment rumahnya untuk memeriksa sama ada lelaki terbabit masih ada di hadapan rumahnya atau tidak.

Rupanya, rider terbabit masih berada di hujung koridor kawasan rumah pelanggan wanita berkenaan kira-kira 20 minit kemudian.

Menerusi rakaman video yang sempat dirakam, rider lelaki tersebut mempersoalkan kepada pengawal keselamatan sama ada dia mengganggu wanita terbabit atau tidak.

Wanita terbabit telah mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada syarikat e-hailing tempat rider tersebut bekerja dan berharap kes tersebut dapat diambil tindakan sewajarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan rider tersebut mempunyai niat tidak baik, susulan dari tingkah lakunya yang tetap menunggu sehingga 20 minit walaupun sebelum itu mengatakan sudah tidak tahan untuk membuang air.

Mereka juga berpendapat bahawa lelaki itu boleh sahaja menggunakan tandas awam dan bukannya mahu memasuki rumah pelanggan pada waktu sebegitu, lebih-lebih lagi pada jam awal pagi.

Lihat Posting di bawah:
Screenshot 2024 06 25 at 11

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Cikb Kenapa Pakai Tudung, CikB Kan Lelaki..”
Next article“Kalau Baju Cantik, Tak Dapat Emas Pun Tak Guna..”- Hamidin Komen Baju Sukan Olimpik Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here