Home Hiburan “Tiber Nak Jadi Penyanyi, Semua Benda Nak Ch4ras” – DSV Perli Michael...

“Tiber Nak Jadi Penyanyi, Semua Benda Nak Ch4ras” – DSV Perli Michael Ang Sibuk Nak Jadi Penyanyi?

100
0

Tiada angin, tiada ribut, pengarah dan pelakon popular, Michael Ang dilihat memberi bayangan bahawa dia bakal memasarkan sebuah single berjudul Cinta Atau Propa pada 1 Januari yang lalu.

Di Instagramnya, Michael turut berkongsi sedikit proses pembikinan klip video bagi lagu tersebut, selain sedikit sedutan instrumental single perdananya.

Pada ruangan kapsyen pula, Michael mengakui yang dia sudah sedia untuk dikvtuk dan terbuka jika percubaannya untuk menjadi penyanyi dikr1tik oleh orang ramai.

Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Semalam, Michael meluncurkan single Cinta Atau Propa lengkap dengan klip video yang boleh ditonton di Youtube.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


“Cepat korang pergi tengok dan komen pada klip video tersebut. Kalau tak puas hati ke, nak kvtuk ke, tinggalkan komen kat situ okay! Nanti aku balas kat sana,” tulis Michael.

Sungguhpun ramai yang memuji buah tangan terbaharunya itu, termasuk rakan artis. Namun, ada juga beberapa figura popular yang mempersoalkan tindakan Michael yang ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian. Salah seorang daripadanya adalah usahawan kosmetik popular, Datuk Sri Vida.

“Tiber jadi penyanyi pula? Semua benda nak char4s. Jadi director sudahlah… Duit dah banyak. Bagi la chance orang lain cari makan. Apo…” tulis Vida di ruangan komen.

Begitupun, Michael lantas memberikan respons terhadap komen yang ditinggalkan oleh Vida.

“Belajar daripada Datuk lah, apa beza,” tulisnya ringkas.

Tidak ketinggalan, ada juga beberapa netizen yang mencadangkan agar kedua-duanya menjadi rakan duet dan merakam lagu pada masa akan datang.

“DSV, patutnya duet dengan you,” tulis netizen.

Bukan Vida seorang yang mempertikaikan keputusan Michael untuk bergelar penyanyi. Malah, pelakon Datuk Fizz Fairuz juga turut berbuat perkara yang sama.

Menerusi Instagramnya, Fizz menulis: “Yang ni apa masalahnya pulak? Kecik besar kecik besar je aku tengok. Kang mengata lebih-lebih, tak panggil shooting pulak. Ehhh… memang dia tak panggil pun.

“Nak masuk GV juga ke? Direct jelah bagi peluang orang lain menyanyi sudah,” tulis Fizz. Menerusi rungan komen di Instagram Fizz, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh pelakon itu.

“Macam-macam gila dah sekarang ni. Semua benda nak dibuatnya. Penghujungnya ke laut juga,” ujar individu berkenaan.

Sumber: Gempak

Previous article[VIDEO]”Ng3ri, Kej4m, G4nas” – Peminat S4kit Hati Tengok Isyariana Kena ‘T1bai’ Dengan Iqram Dinzly
Next article“Bnyak Kali Ulang Video Nii, Kita Tumpang Gembira Dgn Pasangan Pengantin Baru Nii..”- Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here