Home Isu Semasa “Tiada Yang Kisah Pun Apa Yang Kau Fikir Tentang Masalah Negara…” –...

“Tiada Yang Kisah Pun Apa Yang Kau Fikir Tentang Masalah Negara…” – Michael Ang Sekolahkan The 1975

261
0

Pengarah dan pelakon Michael Ang meluahkan rasa marah dengan sikap band dari British, The 1975 yang melakukan tindakan provokasi di pentas konsert Festival Good Vibes 2023, pada Jumaat.

Bayar untuk persembahan

Menerusi hantaran di Instagram, Michael berkata tiada siapa peduli mengenai pemikiran dan ideologi yang diperjuangkan band tersebut.

Sebaliknya peminat hadir pada acara berkenaan hanya mahu menikmati persembahan mereka.

Kadang-kadang bodoh juga orang-orang famous mat salleh ni! Kau datang sini (Malaysia) untuk menyanyi dan peminat bayar kau untuk dengar kau menyanyi, jadi menyanyi saja lah.

Tiada saya nak ambil tahu apa yang kau pertahankan dan perjuangkan dalam hidup. Tiada saya ambil peduli idealogi dan agenda kau. Kami hanya mahu mendengar lagu-lagu kau.

Tiada yang kisah pun apa kau fikir tentang masalah negara berkenaan LGBTQ, kau hanya perlu menyanyi dan kemudian balik rumah, itu sahaja.

Sementara itu, rata-rata wargamaya termasuk beberapa rakan selebriti yang singgah di ruang komen menyokong pendapat Michael.

Terdahulu, The 1975 bertindak beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.

Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter memaklumkan baki acara Festival Good Vibes 2023 telah dibatalkan serta merta.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleTerbongkar! Isteri Bell Ngasri Buka Mulut Kisah Sebenar Dedah Pengarah Yang Kata Bell “Ketot”
Next articleIra Kazar Cemburu Mertua Menemani Puteri Sarah Jalan Atas Karpet Merah, sekali Puteri Sarah Buka Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here