Home Uncategorized Terkejut tikus besar dalam celah bungkusan sayur pasaraya

Terkejut tikus besar dalam celah bungkusan sayur pasaraya

135
0

Baru-baru ini tular mengenai seekor tikus dijumpai di dalam satu bungkusan nasi kukus di Sabah. Hari ini, tular lagi apabila seekor tikus bersaiz besar dijumpai di peti simpanan sayur.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik mynewshub menunjukkan seekor tikus sedang berkeliaran di tepi-tepi bungkusan sayur di sebuah pasaraya. Klip video tersebut menunjukkan tikus itu berkeliaran di dalam peti sejuk tempat simpanan sayur yang sudah dikupas. Kelibat haiwan tersebut telah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen sangat terkejut dengan kehadiran haiwan tersebut di pasaraya besar itu. Ramai yang mengatakan pihak pasaraya tersebut haruslah meneliti kehadiran tikus tersebut kerana ia menunjukkan pasaraya itu sangat kotor. Ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan ini terjadi kerana pasaraya tersebut mahu menjimatkan elektrik kerana itu adalah peti sejuk.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 500K tontonan, 10K sukaan dan 500 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@𝕾𝖆𝖎𝖋𝖚𝖑: byk kedai ada tikus.klu nk ambik makanan contoh makanan tin cuba tgk baik2 takut dia kencing kita pegang.

@Jang 70an: jadik kite dah tau laa tikus ni jenis vegetarian

@ANAKLORONG: ni baru boleh panggil kkm serbu ke atas permis yang operasi ni…#KKM

@bjrpest32: pasaraya2 sekarang ni perlu mendapatkan perkhidmatan pest control…..jika tidak ini la jadinya

@Khaty Ramdzan: aku terigt td beli kentang dlm bekas tu bnyk kntg yg mcm dh kne gigit ..ke tikus ke yg ggt

@cikani3454: Besar sbb tinggal dlm gudang makanan..hrap mknan yg dijual tak tercemar dgn kuman yg dibawanya. pihak yg terbabit perlu lbh peka ttg kebajikan pembeli

@Nani: Biasa nye tempat letak sayur kan sejuk… Ni mesti kes jimat karen atau peti sejuk tu rosak..

Sumber: Tiktok

Previous articlePemuda 38 Tahun Ahkhirnya Pulang Ke Pangkuan Keluarga Setelah 25 Tahun Hilang Takut ‘Bersunat’
Next articleNak Order Makanan Pun Menjerit, Reaksi Mamak Ni Buat Ramai Berdekah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here