Home Hiburan “Teringin Sebelum Berp4ntang..” – Neelofa Mengidam Nasi Dagang, Tempahan Sampai Terus Depan...

“Teringin Sebelum Berp4ntang..” – Neelofa Mengidam Nasi Dagang, Tempahan Sampai Terus Depan Rumah

135
0

Selebriti terkenal Neelofa mencuri perhatian ramai wargamaya apabila meng1dam dan membuat tempahan nasi dagang sebelum dirinya memasuki tempoh berp4ntang tidak lama lagi.

Menerusi platform TikTok, sebuah outlet menjual nasi yang popular, Grannies berkongsi perbualan tempahan nasi dagang yang dipesan oleh usahawan fesyen itu sebagai menu sarapan pagi.

“Breakfast untuk Neelofa. Alhamdulillah semoga Grannies terus memberi manfaat kepada ramai orang,” tulisnya di dalam video yang dikongsi.

Dalam perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu, pihak mereka membuat penghantaran nasi dagang yang dipesan terus ke rumah bek4s pengacara MeleTOP tersebut.Menurut Neelofa, dia teringin menikmati nasi dagang sebelum tempoh berp4ntang bermula.

“Baby kenyang, mak dia lagi kenyang,” tulis Lofa di dalam perbualan WhatsApp yang dikongsi.


Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Neelofa memesan nasi dagang kerana mengidam sebelum dia melahirkan anak sulung.

Tidak kurang juga perkongsian tersebut membuatkan mereka yang berada di luar Lembah Klang turut sama ingin merasa nasi dagang Terengganu yang dipesan oleh Neelofa.

@azalia_stylista:Memang selalu gak nampak Lofa update di IG Story dia nasi dagang ni.”

@Si.Cing.Cing:Ada nampak kat story Lofa hari tu. Saya ni hari-hari tengok story Lofa. Sebab story dia bermanfaat. Selalu share doa dan amalan yang baik.”

@?.?????:Suka cara Lofa ni reply wasap panjang-panjang walaupon dia ada nama, tak macam setengah orang takde ape pon reply macam ada segalanya.”

@Huda:Wahhh, tahniah Lofa pun order nasi dagang Grannies.”

@Dhuhaa_Sophea:Teringin jugak nak rasa ni tapi taktau bila boleh dapat sebab duk Pahang.”

@kitchengojes_:Saya tertengok nasi dagang ni, kenapa jadi teringin macam Lofa juga. Tapi mustahil dapat rasa sebab jauh.. Mesti sedap kan.. Sabarlah baby ku..”

@eriey:Dah try. Tak capai standard Atas Tol lagi.. kuah cair.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan oleh wargamaya TikTok.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac 2021.

Biarpun masih mengunci mulut mengenai cerita kehamilannya, namun umum mengetahui akan perkara itu apabila dia berkongsi foto-foto terkini dengan perut yang semakin sarat

Sumber: Gempak

Previous article‘Masa Komen Macam Tiger, Bila Jumpa Semua Macam Baby’ – Ali Puteh Ajak Peminat Jumpa
Next articleRamai Tak Percaya Puteri Balqis Kembali Berlakon, “Wehh Besar Dah Dia”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here