Home Hiburan Teringat Zaman Sukar, AC Mizal; “Saya Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti...

Teringat Zaman Sukar, AC Mizal; “Saya Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai Orang, Isteri Tak Tahu

141
0

Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, hampir 20 tahun lalu.

Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.

8602C6AC 676D 4CAE 8783 32914414A126276053E3 5D3C 46A4 8364 222389FFD3F6

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era.

2D8141C6 9B23 4FC0 BACB 6D4CB433E3E71A14A6A1 F6BC 4DA0 9A72 814BA1187B91

Dedahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam.

“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.

“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin.

11C3A198 4FB4 4970 8FDD 509A067598393E2990B4 7941 4341 BFFD 986AC27D3938

Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi.

Ikuti episod penuh MH Throwback bersama Datuk AC Mizal secara penuh di sini;

Sumber: MH

Previous article“MasyaAllah, Comelnya..”- Intan Ladyana & Harris Alif Dedah Wajah Puteri Sulung Putih Gebu!
Next article“Pernah Diketawakan, Dih1a Malah Ada Anggap Kami Akan Berc3rai,” – Wawa Zainal Terkenang Balik Saat Awal Bina Bisnes
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here