Home Hiburan “Terima Kasih Atas Jasa” – Jual Jazz & Alphard, Syahmi Sazli Angkat...

“Terima Kasih Atas Jasa” – Jual Jazz & Alphard, Syahmi Sazli Angkat Mercedez-Benz G-Class Harga …

190
0

“Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini,” demikian kongsi YouTuber popular Syahmi Sazli di hantaran video Instagramnya terbaharu.

Dalam video berkenaan, Syahmi akur untuk melepaskan dua buah kenderaan kesayangan yang banyak menyimpan nilai sentimental kepada pemilik baharu.

274015169 304593891550021 7134335751121728146 n

Malah, kereta jenis Honda Jazz berwarna kuning hitam itu juga antara kenderaan yang menjadi kesayangan dan punyai banyak kenangan buat isteri Syahmi, Nissa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Bagaimanapun, menerusi sepotong video di TikTok, Syahmi berkongsi pula kenderaan baharu miliknya yang dibeli bagi menggantikan dua buah kereta yang telah dijual itu.

Lebih meng4ncam dan s3ksi, model Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon itu berada di perkarangan kediaman Syahmi ketika ini, menandakan sudah menjadi miliknya.

Dalam video terbabit, Syahmi telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukarkan rim, grill dan head lamp baharu terhadap kenderaan baharu miliknya itu.

Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto berdiri bersebelahan G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif.

“Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula,” tulisnya berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi.

Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox.

Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.

Komen netizen:

Capture 31

Capture2 23

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Previous articleAnak Shuib Men4ngis G4gal Raih Skor Pertandingan Golf, Netizen Kongsi Rasa S3bak – “Sepatutnya Ibu Yang P3luk Uwais..
Next article“Kenapa muka tu Zahirah?”- Peminat Risau Tengok Zahirah Macwilson Cengkvng Sangat
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here