Home Hiburan Terbiasa Sengetkan Kepala, Telatah Budak Ambil Gambar Passport Bikin Terhibur

Terbiasa Sengetkan Kepala, Telatah Budak Ambil Gambar Passport Bikin Terhibur

156
0

Bukan senang untuk membawa kanak-kanak mengambil gambar passport terutamanya bagi mereka yang tidak dapat duduk diam dalam tempoh yang lama. Macam situasi lucu yang dikongsikan ini tentang gelagat kanak-kanak perempuan ini yang siap melakukan signature pose nya ketika bergambar.

Biasanya untuk mengambil gambar passport, anda perlu duduk tegak di hadapan kamera dan tidak boleh menggerakkan badan. Namun lain pula dengan kanak-kanak ini yang sudah terbiasa menyengetkan kepala ketika bergambar.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan telatah kanak-kanak itu setiap kali diajak bergambar. Menurutnya, kanak-kanak itu pasti akan menyengetkan kepala sambil tersenyum semasa bergambar di hadapan kamera.

Sehinggakan semasa mereka mahu mengambil gambar passport juga, kanak-kanak itu turut melakukan perkara yang sama. Lebih melucukan, mereka terpaksa memegang kepalanya dan meminta kanak-kanak itu memandang tegak ke hadapan.

bergambar

Gelagatnya yang secara automatik menyengetkan kepala ketika bergambar itu turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kanak-kanak itu sudah terbiasa melakukan gaya tersebut ketika bergambar.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat lucu kanak-kanak ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang pernah melakukan perkara yang sama ketika masih kecil dahulu.

“Kalau gambar passport boleh sengetkan kepala, gambar passport dia mesti paling comel.”

gambar passport

“Budak ni sebijik dengan aku time kecik. Sampai ke besar aku still senget kepala time bergambar.”

kanak-kanak

“Masalahnya bila dia cakap smile tu aku yang over senyum.”

komen

“Ala comelnyaaaa.”

tik tok

Sumber: HCL

Previous article[VIDEO]“Laju mak dia nak ikut”-Dialog nak pergi Sabah viral bikin gelak besar, ini reaksi Zara Zya
Next articleTercuit hati netizen gelagat ‘confident’ Alisa Aisyah main bowling masuk longkang
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here