Home Uncategorized Tanpa 1 Juta Follower Pun, Pelakon Filem ‘Prebet Sapu’ Kini Akan Ke...

Tanpa 1 Juta Follower Pun, Pelakon Filem ‘Prebet Sapu’ Kini Akan Ke Oscar. Kenali Siapa Sebenarnya Amerul Affendi

103
0

Ada apa pada 1 juta follower jika tidak mampu meme.cahkan tembok Malaysia dan mendunia. Beberapa hari ini, kecoh berkenaan isu stesen tv yang inginkan pelakon dengan 1 juta follower.

Isu ini membabitkan pemilihan pelakon yang tidak dipilih mengikut bakat ini mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Namun, realitinya, apa ada 1 juta follower jika tidak boleh ke Oscar, kan?

Dengan berbekalkan follower sebanyak lebih 300 ribu sahaja di Instagram, pelakon Amerul Affendi bakal diperkenalkan ke seluruh dunia melalui filem Prebet Sapu.

Bukan bintang baru dalam industri filem dan juga drama tempatan, pelakon ini kelihatan tidak terlalu mengejar follower di media sosial tetapi masih mengekalkan momentum dan bakat lakonan yang tidak dinafikan cukup hebat.

Prebet Sapu merupakan sebuah filem dalam format hitam putih yang menggandingkan Amerul Affendi dengan pelakon Lim Mei Fen. Filem berkisar tentang teksi sapu ini sebelum ini sudah ditayangkan di pelbagai festival filem di seluruh dunia.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Disember 2021. Diarahkan oleh Muzammer Rahman, filem ini sudah disahkan sebagai wakil Malaysia ke Oscar 2022. Jadi, semestinya ada sesuatu pada filem ini yang mesti korang tonton dan nilaikan sendiri.

Berikut sedikit info mengenai Amerul Affendi

Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi (lahir 7 Oktober 1986) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.Menerusi watak lakonannya sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Aktiviti

Di luar kerjaya lakonan, Amerul Affendi turut melibatkan diri dalam industri pertanian yang diusahakan sejak 2016 bagi menjamin masa depannya. Menurutnya: “Sejak tiga tahun lalu saya telah aktif dalam bidang pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan penternakan antaranya kerbau dan patin. Projek ini saya usahakan di kampung halaman iaitu di Temerloh, Pahang. Jika dahulu dunia lakonan mata pencarian utama, sekarang tidak lagi kerana fokus saya adalah perusahaan pertanian

Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee

Tidak dinafikan ramai pelakon yang berbakat namun seolah tidak dipandang dek kerana mereka bukan pelakon berpengaruh di media sosial atau pun mempunyai ramai pengikut.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kriteria diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran yang hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Amerul Affendi yang mempersoalkan penerbit dan stesen televisyen yang terlalu mengutamakan jumlah pengikut di Instagram.

aw

“Selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah kau kena cari hero atau heroin dengan sejuta pengikut. Bukan salah stesen TV sahaja. Salahkan kipas,” luahnya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelakon Zahiril Adzim yang meninggalkan komen berbaur sindiran mengajak Amerul untuk membeli pengikut di Shopee.

r

Sementara itu, rata-rata rakan artis dan netizen turut bersetuju dengan perkongsian Amerul itu. Netizen berkata tiada guna jika mempunyai pengikut lebih sejuta tetapi berlakon kurang berkualiti sehingga dilabel kayu.

Beberapa hari lalu tular apabila pelakon Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada sebuah syarikat penyiaran mengenai pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial.

‘Satu artis popular, satu lagi artis berhaluan kiri’ – Fadzil Teh

Kuala Lumpur: “Kami masih dihentam!”

Itu kata penerbit, Fadzil Teh ketika diminta mengulas mengenai isu stesen TV yang meletakkan syarat mahukan pelakon dengan jumlah lebih sejuta pengikut di media sosial yang sekali lagi menjadi bualan sejak beberapa hari lalu.

Fadzil berkata, pihaknya juga tidak terkecuali daripada dihentam beberapa pelakon, namun terpaksa akur dengan kehendak stesen TV memandangkan mereka mengeluarkan kos.

“Pihak kami menghasilkan drama untuk stesen TV dan platform penstriman. Itu memang menjadi syarat yang diletakkan oleh mereka. Contoh mudah, kalau nak berkahwin ada syarat-syaratnya dan sama juga seperti urusan ini.

“Pihak stesen TV meletakkan syarat untuk mengambil pelakon dengan jumlah pengikut melebihi sejuta di media sosial. Kami sebagai penerbit perlu akur kerana mereka (stesen TV) yang keluarkan duit,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebagai penerbit, dia melihat golongan artis terdiri daripada dua kelompok.

“Kelompok pertama adalah artis-artis popular dan satu lagi kelompok adalah artis-artis yang suka menghentam orang. Kelompok kedua ini kebanyakannya tak mahu ‘mesra’ di media sosial.

“Saya gelarkan mereka yang suka menghentam ini sebagai artis berhaluan kiri yang hanya ingin menjual bakat semata-mata, tapi tak mahu menitikberatkan beberapa aspek lain contohnya penampilan dan interaksi di media sosial,” katanya.

Isu ini timbul semula sejak beberapa hari lalu apabila ada beberapa artis terkenal tanah air menyuarakan pendapat mereka antaranya pelakon dan pengacara, Nabila Huda.

“Kalau beginilah, kita pula akan bagi syarat, bayaran yang dibayar harus kena ikut pengiraan kepada jumlah pengikut. Lebih sejuta pengikut, maknanya kau kena bayar ikut jumlah yang sepatutnya. Apa pun, kerja lebih ada caj tersembunyi. Mampu tak nak bayar?” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

ft

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

kredit: https://www.sukafilem.net/

Previous articleDah biasa bawa lagu ‘leman’, kali ini Siti Nordiana bri ‘Am4ran’… muncul dgn lagu rentak EDM brsama Bunga Isme
Next articleKembali langsing macam anak dara, Zahirah MacWilson akui sibuk jaga anak punca berat badan turun
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here