Home Hiburan “Takda Idea Ke Tiru Kim K?” – Penampilan Bertopeng Janna Nick Curi...

“Takda Idea Ke Tiru Kim K?” – Penampilan Bertopeng Janna Nick Curi Tumpuan Netizen

207
0

Penampilan pelakon Janna Nick di Anugerah Bintang Popular (ABP34) malam tadi mencvri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram, Janna menyarung persalinan warna perak daripada pereka Wanpa berjalan seiringan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann di acara berprestij itu.

Kedua mereka memakai topeng yang seolah diinspirasikan daripada siri Netflix terkenal Squid Game.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ramai yang memuji dan menyukai penampilan mereka berdua, begitu juga sebaliknya.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan Janna meniru gaya selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

“Takda idea ke tiru Kim K hahaha,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Acah Kim K MET Gala ke tu? Ke sebab muka bengk4k?” tulis seorang lagi yang lainnya.

“Bosan la @jannanick .. artis Malaysia ni tak ikut barat tak sah.. carilah idea dan identiti sendiri jenab oii.. sepatutnya anda lebih kreatif bukan ceduk idea orang je, kata anak seni,” tulis netizen lain.

“Harapan dari rakyat Malaysia semua semoga tidak melanggar dinding atau tiang kat depan,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

img 1888

img 1889

img 1890

img 1891

Bagaimanapun, ramai juga pengikut Janna yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaiannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


ABP34 menyaksikan Janna sebagai Bintang Paling Popular selain memenangi dua lagin kategori iaitu Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Sumber: Gempak

Previous article”Macam Cerita Kartun”-Lagu Dah Sedap Tapi Grafik H1na Macam Didi & Friends, Aquaria KLCC
Next article“Tengah meeting pun…”-Reaksi ‘humble’ Kamal Adli dikongsi di TikTok ramai puji
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here