Home Dunia “Tak sekoyah pun pandai…” – Jebat Jayden bangga dapat jawab semua soalan...

“Tak sekoyah pun pandai…” – Jebat Jayden bangga dapat jawab semua soalan walaupun tidak pergi sekolah

231
0

Jebat Jayden Ahmad merupakan seorang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 2018 bersamaan dengan hari lahir Sharnaaz yang ke-33. Beliau juga berusia 4 tahun dan mempunyai 420,000 pengikut di Instagram yang di kawal oleh ibu dan bapanya.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik fidermanJj menunjukkan beliau sedang bersama bapanya iaitu Sharnaaz Ahmad dirumah Sharnaaz. Klip video tersebut menunjukkan beliau yang sedang menjawab setiap soalan yang diajukan oleh bapanya tersebut. Jebat yang dapat menjawab persoalan bapanya itu telah mengatakan walaupun beliau tidak pergi ke sekolah, beliau tetap pandai.

Rata-rata netizen mengatakan Jebat pandai memberi alasan untuk tidak pergi ke sekolah. Ramai juga yang mengatakan Jebat merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan ‘soft spoken’. Ada juga yang mengatakan, walaupun Jebat pelat tetapi mereka suka melihat gelagat Jebat.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 15K sukaan dan 100 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@Anne: “X SEKOYAH PUN PANDAI “ ALASAN X NAK PEGI SEKOYAH..

@sabun jasminee: cakap ank baba mesti lahk pandai pusing

@norasmah4468: bijak jebat ni…soft spoken

@Rosfadzlina: Awat la dlu i xde idea ni xsekoyah pon pndai xde la hakak kena p sekoyah

@Rahana Ismail: Terhibur selalu tgk gelagat jebat

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Syamsul Yusof tengok ni, patut jadikan contoh rumahtangga…” – Edika Yusof dijadikan contoh ketua keluarga berjaya
Next article“Sakit Bukan Penamat, Sakit Buah Pinggan Tahap 4 Tapi Tetap Kuat..” – Nyanyian Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here