Home Hiburan “Syukur Alhamdulillah…” Ernie, Syamel Timang Puteri Sulung. Sekali Komen Anuar Zain Jdi...

“Syukur Alhamdulillah…” Ernie, Syamel Timang Puteri Sulung. Sekali Komen Anuar Zain Jdi Bualan

228
0

Khabar gembira yang dinanti-nanti ramai, penyanyi popular Ernie Zakri selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi tadi.

Manisnya, bayi sulung Ernie dan suami yang juga penyanyi, Syamel itu dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.02.2022.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, menerusi satu hantaran bersyukur dengan kehadiran seorang cahaya mata yang bakal menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

“Syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi. Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya ringkas.

Pelantun Ku Bersuara itu turut memuat naik foto bayinya namun masih belum mendedahkan bahagian wajah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Sementara itu, Syamel turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan isteri dan juga anaknya agar sentiasa dalam keadaan baik.

“Syukur alhamdulillah. Senang daddy ingat tarikh hari jadi.

“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” kata Syamel.

Berita gembira tersebut sekaligus meraih ribuan ucapan tahniah termasuk golongan selebriti tanah air.

erniee

llwelfwef effwefwef

“Assalamualaikum sayang. Tahniah Ernie dan Syamel dan semoga urusan berpantang dipermudahkan,” ucap pelakon, Mira Filzah.

“Tahniah Syamel. Tidak sabar untuk memnemui cucuku,” komen Anuar Zain yang juga merupakan bapa saudara Ernie.

Terdahulu, Kosmo! pada 8 November lalu melaporkan Syamel dan Ernie mengakui anak sulung yang bakal dilahirkan merupakan bayi perempuan.

Syamel dan Ernie diijabkabul 26 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Previous article“Blh Ajar sy cur4ng takk..” – Sekali Resp0n Shuk Sahar Tarik Perhatian
Next article“Ser4m baca komen kat..” Di Tvduh Skripkan Kena C0v1d-19, Skali Ini Resp0n Padu Achey
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here