Home Hiburan “Sy Lupa Dia Artis..”- Suami Wany Hasrita Dedah Detik Perkenalan Dgn Isteri,...

“Sy Lupa Dia Artis..”- Suami Wany Hasrita Dedah Detik Perkenalan Dgn Isteri, Netizen Puji Suami Terlalu ‘Humble’

285
0

Menerusi satu klip hasil temu bual bersama Wany Hasrita yang baru baru ini telah bergelar sebagai seorang isteri menarik perhatian ramai apabila suami kepada Wany mendedahkan serba sedikit mengenai detik perkenalan beliau dan Wany sebelum mendirikan rumahtangga. Wany Hasrita yang merupakan penyanyi terkenal tanah air itu memang tidak dapat dijangka oleh orang ramai apabila gempar berita tentang perkahwinan beliau dengan orang Sarawak itu.

Hasil temu bual terseut, Wany menyatakan beliau yakin itu pilihannya yang tepat kerana ada ciri ciri bakal suami yang diingini pada suaminya itu. Beliau yang dikatakan mempunyai perwatakan yang dominan sememangnya inginkan seorang suami yang lagi dominan dan ternyata perkara tersebut ada pada suami beliau. Suami Wany yang dikenali sebagai Adib menyatakan detik perkenalan beliau dan isterinya tidak keterlaluan namun beliau sering lupa bahawa isteri beliau merupakan artis terkenal tanah air.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@why:muka iras. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

@Noor Muazah:yg pling best dia rahsiakan hantaran dia sgt sgtlah bgus

@norhafisah70:salah seorang artis yg pandai jaga aurat dan x bnyak gosip negatif .Aminn

@mizzdila:Alhamdulillah..bagus wani ni..tau2 je da kwen..pndai bwa diri dlm industri..jaga nama baik Selamat Pengantin Baru wani&suami

@Amy:Muka sama…moga aman bahagia & jodoh berpanjangan hingga syurga…

@user123:suami dia orang sarawak rupanya..

@UjieMalek@fauziah78:mas kahwin sebentuk cincin berlian…wang hantaran rahsia… dulang hantaran pun takde

@Ilagee:Semoga ikatan perkahwinan Wany Hasrita & Suami kekal bahagia bersama hingga ke jannah.

@Zalina Samin:org2 tua kata bila mula seiras jodohnya kekal..In Syaa Allah.

Ramai yang menyatakana bahawa rupa paras mereka kelihatan sangat serupa dan ramai yang memuji akan tindakan Wany Hasrita yang menyembunyikan jumlah wang hantaran di khalayak ramai. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik buat Wany dan pasangan dan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Awk Pun Hensem Malam Ni..” Siti Saleha ‘Sweet Talk’ Dgn Sharnaaz Ahmad, Netizen Doa Moga Berjodoh
Next article“Perasan Muda Je..”- Nora Danish Anggap Komen Netizen Sebagai Pembakar Semangat Utk Kekal Muda
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here