Home Hiburan “Sudah terlebih bayar?”- Penjelasan Stesen TV ini boleh buat Azwan Ali terkedu

“Sudah terlebih bayar?”- Penjelasan Stesen TV ini boleh buat Azwan Ali terkedu

80
0

KONTR0VERSI melibatkan penggvguran Azwan Ali dari program realiti Mic On! nampaknya semakin panas apabila pihak AwesomeTV menafikan dakwaan belum menjelaskan baki bayaran kepada pengaraca sensasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihak mereka sudah membuat bayaran penuh untuk 10 minggu kepada Azwan Ali pada hari yang sama dia dihentikan tugas sebagai pengacara program berkenaan.

Bayaran penuh tetap diberikan biarpun Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA hanya melunaskan komitmennya dalam tempoh enam minggu.

bukan tertunggak tapi terlebih bayar penjelasan stesen tv ini buat azwan ali terkedu 6229e79783429
Azwan 1Adam Ilyas (dua dari kiri) ketika sidang media MO pada Januari lalu.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mel4nggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami.

“Kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.

“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!, pihak kami memandang serius akan pertvduhan tersebut.

Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama.

“Ini kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu telah pun dibuat pada hari yang sama dia digugvrkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” katanya.

Menerusi temubual bersama mStar, Azwan menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburvkan namanya.

Azwan turut mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi dan kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

bukan tertunggak tapi terlebih bayar penjelasan stesen tv ini buat azwan ali terkedu 6229e79d6fac5

Azwan 3Issey sepatutnya bergandingan dengan Azwan dalam Mic On!.

Dalam pada itu, pihak Awesome TV turut menjelaskan bahawa surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan telah dikeluarkan pada Selasa lalu.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya lagi.

Pada Selasa, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.

AZWAN ALI DEDAHKAN SATU PERKARA YG MUNKIN BUAT PRODUKSI AWESOME TV MENYESAL KERANA BUANG DIA

“Jangan main-main dengan saya.”

Itu kata pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA berhubung isu nama digvgurkan daripada tugas mengacara program realiti, Mic On! serta-merta berkuat kuasa semalam.

Jelas pemilik nama lengkap, Mohamed Azwan Ali itu, dirinya tidak terhegeh-hegeh dengan bayaran sedikit yang diberikan penyiar program berkenaan, Awesome TV.

“Mereka boleh cakap apa sahaja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sahajalah nasib mereka, karma itu pasti datang.

“Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit). Saya buat demi peminat.

“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri,” katanya.

LAPORAN P0LIS AKAN DIBUAT JIKA TUNTUTAN DIVA AA TAK DITUNAIKAN

Dalam pada itu, Azwan, 56, memaklumkan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penyiar atau penerbit disebabkan masih belum melangsaikan hut4ngnya yang masih tertunggak.

“Bayar hut4ng saya sebelum saya buat lap0ran polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

“Orang tengok Mic On! sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat nak ani.aya saya.

“Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa yang sudah berlaku. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.

“Bila-bila masa sahaja saya boleh ke balai p0lis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi k3s polis,” tegasnya.

Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digugurkan sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuat kuasa serta merta semalam.

Sehingga hari ini, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program berkenaan tidak didedahkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE via Mstar

Previous article“Ni Baru Cantik, Tapi Part Last Tu..” (Video) Penampilan Terkini Bella Astillah Dipuji Ramai
Next article“Sy tk berlakon. Kerana sy memang rindu arw4h ibu sy,”- Gara2 Hal Ini Aaron Aziz Mnangis Teruk
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here