Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah sekitar pukul 1 pagi, 28 Jun lalu.
Beliau berkata remaja tersebut dilaporkan kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh, pada 27 Jun.
“Berdasarkan siasatan awal, kehilangan itu merupakan kali kedua namun pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat menemukan dan membawa remaja itu pulang ke rumah…”
“Kali ini remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga hari ini, difahamkan dia juga tidak bersekolah…”
Beliau berkata, Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat sekitar 45 kilogram, dan berambut separuh perang, lurus, serta panjang hingga paras bahu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah melalui talian 06-484 2222.
Sumber: Portal
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.