Home Kehidupan Suami Lemah Lembut, Isteri Cantik Tpi Peng0t0r

Suami Lemah Lembut, Isteri Cantik Tpi Peng0t0r

171
0

Seperti kita ketahui, menjadi seorang penyewa rumah haruslah bertanggungjawab, amanah dan membersihkan semula rumah sewa tersebut sediakala sepertimana tuan rumah menyediakan rumah sewa kepada kita. Namun tidak kesemua penyewa rumah itu pembersih, lagi mengejutkan mempunyai penyewa rumah wajahnya yang cantik dan kacak tetapi seorang pengotor.

Pemilik rumah sewa yang dikenali sebagai Kamarina Komeng di perumahan flat di Pasir Gudang, Johor, telah mengalami kerosakan yang begitu banyak dan teruk setelah menyewakan kepada suami isteri yang mempunyai wajah yang cantik serta kacak.

1 1

Beliau juga tertanya-tanya bagaimana mereka mampu hidup dengan kondisi rumah yang sebegini. Kamarina turut mengatakan penyewa suami isteri ini asalnya menyewa bilik sahaja sebelum mereka berpindah di rumah yang beliau sewakan, tetapi bercampur dengan penghuni lelaki lain di dalam rumah sewa yang sama. Mereka baru sahaja berkahwin, dan si isteri tidak mempunyai pekerjaan ketika itu. Oleh itu, beliau turut berasa simpati dan memberi mereka menyewa di rumah tersebut dengan harga RM500 sebulan.

Baca juga: Kembang tekak! Kepala tikus dijumpai di dalam nasi kukus

Baca juga: “Dia takkan g4nggu..” – Adam’s Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada tak senang dengan anak autisme

2 1

Namun, pasangan suami isteri ini sering lewat membayar sewa bulanan dan selalu ada tunggakan bayaran. Akhirnya beliau datang ke rumah sewanya untuk lihat sendiri. Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut, penyewanya tiada di rumah dan beliau memasuki rumah sewanya dengan kunci
pendua. Setelah melangkah di dalam rumah tersebut, beliau mampu mengucap dan melihat keadaan rumahnya yang sangat teruk seperti ditinggalkan.

3 1

Kamarina turut bertanya kepada jiran-jiran di kawasan rumah sewanya tentang pasangan suami isteri itu, jika mereka masih menetap di rumah sewa beliau. Namun jiran tetangga mengatakan sering melihat pasangan suami isteri itu keluar masuk dari rumah sewa tersebut. Setelah itu, Kamarina menghubungi pasangan suami isteri itu dan pura-pura tidak tahu tentang rumah sewanya yang kotor, dan meminta mereka keluar dari rumah tersebut.

4 1

Oleh itu, jagalah harta yang dipinjamkan oleh orang lain dengan baik dan menjadi seorang penyewa yang pembersih serta amanah. Walaupun hanya rumah sewa, kita perlu menjaga adab.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Aku lelaki dominan, alpha male…” – Suami Fatin Afeefa bersyukur perempuan lebih banyak effort
Next articleNak Kena Balut Dengan Toto Narita Agaknya, Siapa Je Tak Stress Kalau Asyik Pecah
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here