Home Viral “Stupid Grab Malaysia, Bab*…” – Michael Ang mengamuk, sekali ini respon netizen

“Stupid Grab Malaysia, Bab*…” – Michael Ang mengamuk, sekali ini respon netizen

220
0

Michael Ang Hai Swee merupakan seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon Malaysia. Beliau merupakan pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn. Bhd.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok miliknya menunjukkan Michael Ang yang sedang mengamuk dan marah terhadap ‘rider’ Grab Malaysia. Beliau mengatakan bahawa beliau telah memesan makanan di Aplikasi GrabFood. Namun, rider tersebut telah meletakkan makanan tanpa menekan loceng rumahnya dan menghubungi beliau. Michael mengatakan baru-baru ini apabila beliau memesan di Grab, rider tidak menghantarkan makanannya. Michael yang sangat bengang terhadap rider Grab tersebut, telah mengeluarkan beberapa kata-kata yang kasar akibat terlalu marah.

Rata-rata netizen menceritakan kisah mereka bersama rider Grab. Ramai juga yang mengatakan apabila mereka memesan di Aplikasi, mereka akan tunggu di luar rumah agar makanan mereka sampai dengan selamat. Ada juga yang mengatakan bahawa Michael Ang berkata seperti dirinya saja yang betul.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 400K tontonan, 14K sukaan dan 2K komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@37ter: bende ni mudah… mcm aku.. sebelum rider sampai… aku dah tercegat depan pagar… panduan diorang tibe tu… clear… alasan lain tu… hhmmm

@Gino Abadi: saya order grab food,
lagi 5 menet nak sampai,
saya tunggu luar rumah,
kita mudah kan urusan org lain itu adalah amalan mulia

@エゴン・フェリゴ: Saya selalu call dulu, kalau tak angkat baru saya cari lonceng baru tekan. Tak keluar juga, saya baru letak dekat tembok dengan gambar sebagai bukti.

@nazirulroslan: kami sebagai rider tak suka suka hati nak tinggalkan makanan atas tembok . biasanya memang kita akan call je dulu .

@NJ: Saya kalau order grab food / foodpanda, saya akan pastikan saya dah siap mandi wangi2, buka pintu rumah luas2 tkot nti x nmpk diorg sampai

@_Admlee: For me kalau kita dah order something/ melibatkan rider lah expecially. Standby je phone kat tgn. Kalau nak ke tandas bawak je sbb kita yg order

@gurita999: dekat apps tu blh buat side note. letak lh apa² instructions yg patut. and if possible keep your phone close to you. both make each other life easier

@mamat: Tgok cara ckp dgn lembut2 gayanya ni mmng rasa dia je betul

@Nthing here: Dah order rajinkan tengok tepon bang , kalau tunggu lama ii boleh dapat tips ke , tunggu abang je dah boleh dapat order baru

@alut: lahhh yekee tuu.. ada yang salah faham lah tu.. mungkin rider tu kelang kabut lah tu.. semoga dipermudahkan segala urusan

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous article“Bau Dia Nauzubillah” – ‘Kesing’, Sejenis Kumbang Kecik Yang Bau Busuk”
Next articleBuat Gaya ‘Superman’ Ketika ‘Rescue’ Sdng Uruskan Kemalangan, Skli Disekolahkan Dgn 2 Lelaki Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here