Home Isu Semasa Stoking Kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart Dilepas dan Dibebaskan

Stoking Kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart Dilepas dan Dibebaskan

58
0

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr. Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam berkaitan isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking tersebut, Xin Jian Chang Sdn Bhd, turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap kelima-lima individu berkenaan.

Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Mei lalu untuk menggugurkan kes berkenaan.

Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore, mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking yang tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway pada pukul 6.30 pagi 13 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Chai yang turut mewakili syarikatnya, KK Supermart & Superstore, juga didakwa atas pertuduhan yang sama.

Sementara itu, syarikat pembekal yang mengedarkan barangan kepada KK Super Mart, iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd, bersama tiga pengarahnya, didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan stoking yang tertera kalimah Allah pada tempat, waktu, dan tarikh yang sama.

Pembekal tersebut ialah tiga beranak, iaitu suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleJual Cerita Air Mata Kutip Dana
Next articleSudah Hilang Selama 18 Hari Polis Mohon Orang Ramai Bantu Mencari Fiffy Arnatasya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here