Home Hiburan Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton. Sekali Tokti Siap Buat...

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton. Sekali Tokti Siap Buat Lagu Raih Tumpuan

175
0

Umum mengetahui penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti berbasikal dan bermain badminton.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai percubaan penyanyi yang mesra dipanggil Tok Ti itu mengajak legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk bermain bersama.

@sitizones.official #world #fypシ #fyp #xybzca #malaysia #indonesia #tokti #sitinurhaliza #sitizoner #sitizone #dlcw ♬ bunyi asal – Sitizone❤️

0ejioweklf

Video yang berdurasi beberapa minit itu merupakan sedutan Instagram Live Tok Ti yang telah dimuat naik oleh peminatnya di akaun TikTok Sitizoner.

Perkara yang menarik perhatian dalam Instagram Live tersebut adalah apabila Tok Ti sempat mencipta lagu secara spontan khas untuk Chong Wei.

“Hi Datuk Lee Chong Wei. I punya impian nak main badminton dengan you.

“Boleh tak kita main badminton suatu hari nanti?” kata Tok Ti kepada Chong Wei.

Ia disusuli dengan nyanyian spontan Tok Ti dengan bait lirik, “Suatu hari nanti dapatlah main badminton dengan Datuk Lee Chong Wei, boleh dapatkah tidak?”

Lantas, Chong Wei seolah memberi ‘green light’ kepada Tok Ti dengan berkata, “Boleh Dato’ Seri.”

Wah, penyanyi nombor satu bakal main badminton dengan pemain badminton nombor satu? Seronoknya!

Semoga impian penyanyi jelita itu akan tercapai. Sama-sama kita nantikan

Sumbetr: xtra

Previous article“Uish trkejut sy Dato..” (Video) Bakal Keluar Lagu Baru. Sekali Gaya Solekan DSV Jadi Bualan Netizen
Next article“Berjuta kali dah kahwin..”- Diana Danielle Dedah Pengalaman Berkahwin Dlm Lakonan Jadi Bualan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here