Home Hiburan Siti Nurhaliza Dikecam Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

Siti Nurhaliza Dikecam Gara-Gara Buat Persembahan Di Konsert David Foster

185
0

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman daripada kumpulan anti-zionis Israel umumnya gara-gara akan berkongsi pentas dengan David Foster di Jakarta Indonesia malam ini.

Difahamkan, kumpulan BDS Malaysia tampil membuat kenyataan berbaur kecewa dengan penglibatan Siti Nurhaliza dalam konsert tersebut di saat rakyat Palestin masih ‘dibantai’ askar zionis pada ketika ini.

Persembahan ini dianjurkan oleh pengubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel. David sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh ‘Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

@soundtainment Datuk Siti Nurhaliza performed with David Foster in Jakarta on June 15, 2024, at the “David Foster & Friends” concert. She replaced Jessie J, who had to cancel her appearance. During the event, Siti Nurhaliza delivered a powerful rendition of Whitney Houston’s iconic song “I Will Always Love You.” This collaboration was particularly significant for Siti Nurhaliza, who had previously expressed her admiration for David Foster and her desire to share the stage with him again. Foster himself praised her strong vocals, and this performance marked a continuation of their successful past collaborations​. #SitiNurhaliza #DavidFoster #DavidFosterAndFriends #JakartaConcert #WhitneyHoustonTribute #IWillAlwaysLoveYou #Concert2024 #MusicCollaboration #AsianMusic #PowerfulVocals #LegendaryPerformance @Siti Nurhaliza @davidfoster @Color Asia Live ♬ suara asli – Soundtainment

@pakwehandsome1 @Siti Nurhaliza #bukancintabiasa #hitmandavidfosterandfriends2024indonesia #sitinurhaliza #fypシ #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 ♬ bunyi asal – pakweHANDSOME

“Keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menyertai persembahan yang dianjurkan oleh David Fosteri itu adalah sangat mengecewakan” tulis pengendali akaun kumpulan itu lagi.

BDS Malaysia juga tampil menggesa semua pihak terutama selebriti tempatan untuk menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.

Sekadar info, Siti dijadualkan membuat persembahan dalam konsert yang akan diadakan di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di BSD City, Jakarta.

Difahamkan Siti menjadi ‘bidan terjun’ setelah salah seorang artis terlibat iaitu Jessie J tidak dapat membuat persembahan pada malam ini.

Previous articlePenyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan Kini Disiasat
Next article“Sedap Betul Dia Tarik, Boleh Lawan Celine Dion..” – Ramai Tergamam Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu I Will Always Love You

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here