Home Isu Semasa “siap panggil mak” – (Video) Gadis Mndukung ‘baby’ Kmbing Brusia 3...

“siap panggil mak” – (Video) Gadis Mndukung ‘baby’ Kmbing Brusia 3 Minggu, Cvri Tmpuan Rmai.

212
0

KEMESRAAN yang ditunjukkan oleh seorang gadis bersama seekor anak kambing di sebuah kadang ternakan haiwan itu menjadi perhatian.

Dalam pangkuan si gadis yang diibarat seperti anak, haiwan ternakan itu beberapa kali mengembek yang kedengaran seperti memanggil emak.

Walaupun nampak begitu mesra, namun anak kambing itu bukanlah kepunyaannya.

Gadis berkenaan, Siti Nurislamiah Sheikh Mohd Sahidi berkata, kambing tersebut sebenarnya milik rakannya yang tinggal di kampung yang sama di Chini Timur 1 di Pekan, Pahang.

Lebih mesra disapa Miah, katanya, haiwan itu diternak bersama sekumpulan kambing di kandang yang terletak di kawasan rumah rakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Secara kebetulan, saya dengan kawan tu nak pergi berjalan-jalan pusing satu kampung. Saya datang ke rumah dia dan ketika itu dia sedang beri kambing-kambingnya makan.

“Saya pun join sekali. Saya nampak seekor anak kambing yang comel, dukung dia sambil buat rakaman. Usia kambing lebih kurang tiga minggu,” katanya kepada mStar.

kambing member 4

Kandang kambing milik bapa rakan Miah.

Gadis berusia 21 tahun itu berkata, kandang kambing milik bapa rakannya itu terletak di belakang rumah dan diusahakan sejak hampir tiga tahun lalu.

“Mula-mula ternak dulu cuma empat ekor. Alhamdulilah kambing semakin bertambah. Tapi ada yang dah jual.

“Keseluruhan kambing sebelum ini terjual kira-kira 40 ekor. Sekarang yang tinggal sebanyak 20 ekor,” ujarnya yang berasal dari Pekan.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia tidak menternak kambing, sebaliknya memelihara arnab pedaging sebanyak 10 ekor.

kambing member 2

Miah (kanan) dan rakannya, Masyitah.

Mengulas mengenai video dirinya bersama anak kambing, Miah menjelaskan panggilan yang kedengaran seperti ‘mak’ itu adalah perkara biasa bagi ternakan itu yang masih kecil.

“Memamg semua anak kambing bunyi macam tu. Biasalah, baby lagi. Saya pun pertama kali datang melawat kambing-kambing tu.

Anak kambing tu nampak manja, itu sebab saya berani nak pegang dan dukung. Kalau mak atau ayah kambing tu, takutlah juga

SITI NURISLAMIAH SHEIKH MOHD SAHIDI

“Anak kambing tu nampak manja, itu sebab saya berani nak pegang dan dukung. Kalau mak atau ayah kambing tu, takutlah juga.

“Bila saya nampak anak kambing yang kecil, saya terus dukung. Kambing tu comel sangat. Biasanya kawan saya yang selalu beri makan kepada kambing-kambing,” katanya sambil menambah haiwan ternakan itu diberi makan d3dak dan daun pokok ara.

kambing member 5

Antara kambing yang diternak.

Dalam pada itu, Miah yang membantu kakaknya berniaga di kantin sebuah kilang berpandangan adalah sukar untuk menternak kambing.

“Saya rasa susah sebab kambing ni berbeza dengan cara ternakan lembu. Kalau kambing kena jaga makan minum, sedikit cerewet.

“Kalau lembu, kita tinggal lama mana pun tak apa sebab haiwan ni pandai cari makan sendiri. Sebab itu lembu dilepaskan keluar dari kadang kerana ia pandai cari jalan balik,” ujarnya.

kambing member 3

Miah turut memberi makan kepada kambing di kandang.

Bagi ternakan kambing, katanya, haiwan ternakan itu perlu diberikan perhatian penuh sepanjang masa ketika pemberian makanan setiap hari.

“Tapi tuan kambing iaitu ayah kawan saya kata susah juga bila nak keluar ke mana-mana, Tak boleh tinggal macam tu je,” kata Miah.

Sumber:mStar

Previous articleBaby Shima Pergi Kel4b Sebab Kerja, ‘F0t0 M3sra’ Cuma Lak0nan Dalam MV Lagu Baru
Next article“Ramai Pula Tye Kenapa Pilih Ibu Tvnggal…,” – Ini Jawapan Ariz Ramli ‘Caprice’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here