Home Hiburan Shiqin Kamal dah masuk kelas Muay Thai, buat persiapan nak jadi Angelina...

Shiqin Kamal dah masuk kelas Muay Thai, buat persiapan nak jadi Angelina Jolie Malaysia

228
0

MENJADIKAN aktres Angelina Jolie sebagai inspirasi, pelakon Shiqin Kamal mula menyertai kelas Muay Thai Boxing dan menunggang kuda sebagai hobi baharunya.

Menurut Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 31, persiapan itu dilakukan jika dia mendapat tawaran untuk filem atau drama yang melibatkan 4ksi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@shiqinkamal)


“Saya sebenarnya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Saya nak buat stunt sendiri macam Angelina dalam filem Salt.

shiqin 1

Shiqin pertama kali sertai perlawanan Muay Thai.

“Tapi kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi perempuan. Sebab itu saya mula masuk kelas Muay Thai Boxing dan kelas menunggang kuda.

Just incase, kalau ada orang tawarkan untuk filem 4ksi atau epik. Selain itu, saya nak belajar main ped4ng dan ambil lesen skuba,” katanya kepada mStar.

Pelakon filem Ada H4ntu itu ditemui ketika acara Fitness Champ yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba

SHIQIN KAMAL

PELAKON

 

Shiqin turut memenangi pingat pertama dalam pelawanan Fight Like A Girl yang diadakan di acara tersebut.

Dalam pada itu, Shiqin turut berkongsi keadaan kesihatannya selepas pulih daripada dij4ngkiti Cov1d-19 sekitar Februari lalu.

Menurut pelakon drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, dia mengalami masalah pern4fasan yang teruk ketika hari pertama sesi latihan selepas baik daripada Cov1d-19.

Malah, dia mengalami ser4ngan p4nik gara-gara sukar bern4fas.

shiqin 2

Shiqin masuk kelas tunggang kuda.

“Hari pertama sesi latihan selepas baik Cov1d, saya tak boleh nak lakukan senaman yang biasa saya buat. Malah, saya kena ser4ngan p4nik gara-gara tak boleh nak bern4fas… nak men4ngis sebab d4da rasa ket4t sangat. Rasa macam saluran pernaf4san ditek4n.

“Saya tak ada s4kit asm4 tapi masa kena Cov1d-19, saya tak boleh baring tegak sebab tak cukup nafas… rasa seperti nak m4ti,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO]“Dia Nak Sedekah Kot” – Penunggang Motosikal Nekad Bayar Tol Buat Netizen Berdekah
Next article“Yg Nampak tak cerdik tu kamu..” – Remy Ishak teka Ferry Karisma, sekali kena ‘sound’ dgn AC Mizal
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here