GARA-GARA menerima kesan sampingan, pelakon Wawa Zainal membuat keputusan membuang alat mencegah kehamilan implan yang dipasangnya selepas melahirkan cahaya mata keempat November lalu.
Menurut Wawa, disebabkan pemasangan alat itu kitaran h4id menjadi tidak terkawal dan menyukarkan dirinya melakukan ibadah lebih-lebih lagi hampir memasuki bulan Ramadan.
“Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan.
“Bagaimanapun disebabkan kitaran h4id yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah dua bulan per1od saya tak berhenti.
Wawa melahirkan anak keempatnya Jibril pada 30 November lalu.
“Tambahan pula kita nak menyambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini saya tidak tahu sama ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa.
“Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut,” ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Wawa yang berkongsi masalah itu dengan pengikut di Instagram turut menerima pelbagai respons berkaitan pemasangan alat pencegah kehamilan itu.
“Syukur saya tidak menerima kesan teruk. Ada follower yang DM beritahu mereka mengalami sakit kepala yang tervk selepas pasang implan,” katanya.
Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut.
WAWA ZAINAL
PELAKON
Sementara itu, Wawa berkata, dia akan membuat perancangan keluarga sendiri dan tidak menolak jika diberikan rezeki anak kelima dalam masa terdekat.
“Jadi sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan.
“Tetapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat, saya tidak menolak,” ujar Wawa.
Isteri kepada pelakon Aeril Zafril ini baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama JIbril Ibtisam pada 30 November lalu.
Wawa memilih untuk membuat perancangan sendiri dalam soal hamil semula.
Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Jibril mereka mempunya tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Wawa memberitahu dia kini sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan promosi produk tudung dan kosmetik menjelang Aidilfitri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mStar