Home Uncategorized Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu...

Sengaja paksa anak remaja tidur di koridor flat 4 hari berturut-turut, ibu bapa ditahan polis di Pasir Gudang

63
0

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun berjaya diselamatkan selepas dihalang memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di koridor rumah pangsapuri kos rendah keluarganya di Pasir Gudang, Johor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, remaja tersebut diabaikan ibu bapanya sejak 7 Julai lalu

Susulan itu, Sohaimi berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun yang merupakan ibu bapa remaja terbabit.

Beliau berkata, pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

IMG 4115

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Previous articleYusri Yusoff Tak Mengaku Salah Guna Wang RM67,000
Next articleJual Cerita Air Mata Kutip Dana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here