Home Uncategorized Semuanya Kerana Tersilap Ejaan, Rupanya Ini Asal Usul Nama Damansara

Semuanya Kerana Tersilap Ejaan, Rupanya Ini Asal Usul Nama Damansara

276
0

Damansara adalah satu daripada 36 mukim daerah Petaling dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan bandar yang pesat dan diduduki masyarakat berbilang kaum. Damansara adalah satu dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Damansara adalah hab komersil yang kedua selepas Kuala Lumpur. Di sini juga terdapat beberapa kawasan kediaman mewah.

Namun tahukah anda, sebenarnya nama Damansara ini merupakan hasil daripada kesilapan ejaan? Mengikut Peta Semenanjung Tanah Melayu, sebenarnya nama asal Damansara ialah Damar Sara. Ia berubah dek kerana kesilapan ejaan yang berlaku sekitar tahun 1890an apabila Residen British iaitu Sir William Maxwell melaksanakan sistem pendaftaran tanah Torrens (sistem yang berasal daripada Australia dan diguna pakai oleh negara-negara Commonwealth hingga kini).

Kesilapan itu berlaku apabila pendaftar tanah tersalah anggap huruf ‘r’ sebagai ‘n’. Dia juga tersalah menggabungkan nama yang berasal daripada Damar Sara kepada Damansara. Ralat ini jelas kerana pada peta sebelum tahun 1891, ia masih ditulis sebagai Damar Sara.

Sebenarnya nama Damar Sara mempunyai makna dan maksud dalam bahasa melayu dan sanskrit lama. Damar ialah sejenis resin yang diperoleh daripada pokok tropika manakala sara bermaksud berharga atau penting. Kini, nama Damansara tidak mempunyai maksud sama sekali dek kerana kesalahan ejaan.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Wah, mesti ramai yang baru tahu kann.. Rupanya tersalah ejaan. Takpelah, benda pun dah jadi..

Previous article“Rider Mengamuk Rider Lain Terambil Order Dia” Bersepah Habis KFC
Next articleRider GrabFood Bawa Sambil ‘Corner Baring’, Tarik Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here