Home Hiburan “Semua Badan Nampak..” – Akhirnya Polis Bersuara Pasal Kamera Tersembunyi Dalam ‘Fitting...

“Semua Badan Nampak..” – Akhirnya Polis Bersuara Pasal Kamera Tersembunyi Dalam ‘Fitting room’

600
0

POLIS menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik persalinan di sebuah pusat membeli-belah, susulan klip video yang tular. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu pada petang Isnin.

Menerusi halaman Twitter:

321

“Video berdurasi 11 saat daripada kamera tersembunyi itu telah dimuat naik di Twitter,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi.

“Kita telah menjalankan siasatan dan tidak menemui kamera tersebut. Kita percaya ia berlaku di lokasi lain,” katanya.

fsw3sfs

Hantaran asal di akaun Twitter itu bagaimanapun telah dipadamkan.

Lihat juga apa kata orang ramai:

“Maybe those laki bini…ikutkn fitting room is privcy…biar la dia nk bercium sklipon..yg pelik knpe fitting room ade cctv.”

“Bercium dlm fitting room tu mungkin dh kahwin..yg letak cctv dlm fitting room jgn risau..kau mmg lingkup dlm penjara..”

“Ada juga yg buat bahan jenaka, tapi isu paling besar sebenarnya kenapa ada cctv dan siapa yg sebarkan. Benda mcm ni orang yg tak bersalah pun jadi mangsa..”

“macam mana boleh ada kamera dalam fitting room? maksudnya semua customer yg try baju dlm fitting room tu smua kena rakam ke..”

“Ni dah kira salah dah ni…kt fitting room ada camara dua ii salah yg buat maksiat dalam tu Salah yg punya kedai pun Salah ni kalau kene report masuk kt dalam lama tu..”

Noor Dellhan berkata, perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, hantaran tersebut merupakan tangkap layar memaparkan empat video berbeza yang dirakam oleh CCTV di salah sebuah premis pakaian terkenal di ibu kota.

Difahamkan, video tersebut ‘dijual’ oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai meletakkan CCTV bagi merakam gerak geri pelanggan yang mencuba pakaian di bilik persalinan (fitting room).

Malah, menerusi salah satu daripada empat tangkap layar rakaman, CCTV yang dipasang juga secara tidak sengaja merakam aksi tidak senonoh pasangan kekasih di dalam fitting room tersebut.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: mstar

Previous article“Penat-Penat Aku Kerja..” – Daiyan Trisha Kecewa Dituduh Dibela ‘Sugar Daddy’
Next article“Saya guna untuk perubatan, tolong bezakan…” – Yassin bengang didakwa isu dadah
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here